Perempuan Baca Buku Apa?
Seorang pengedar buku-buku terbitan tempatan pernah berkata, "Nasib baik ada perempuan, kalau tidak, kita cari makan pun susah!"
Perempuan adalah pembeli terbesar buku-buku dalam kedai buku. Buat masa ini buku yang paling besar jumlah jualannya adalah novel-novel cinta remaja, diikuti oleh novel-novel kisah masyarakat.
Sebuah rangkaian kedai buku terkenal negara ini menjual purata antara 4,500 hingga 5,000 naskhah novel-novel Melayu per bulan di setiap kedainya. Sebaliknya rangakaian itu hanya menjual antara 600 hingga 700 naskhah novel-novel Inggeris di setiap kedainya.
Baik novel cinta mahupun kisah masyarakat, pembeli utamanya adalah perempuan. Jadi tidak hairanlah apabila penulis-penulis perempuan sekarang menguasai pasaran novel kerana mereka lebih mahir mencipta cerita-cerita cinta. Trend ini begitu mendominasi pasaran sehingga ada penulis-penulis lelaki yang menggunakan nama samaran perempuan.
Maklumat yang dikumpulkan oleh Bahagian Pemasaran PTS mendapati perempuan mula membaca novel cinta sejak usia 13 tahun dan mula mengalami rasa muak pada usia 21 tahun. Pada usia 21 mereka mula mahu berpindah kepada bahan-bahan bacaan yang lebih serius daripada tema 'boy meets girl'.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home