Monday, November 28, 2005

Maklumat dari Pengurus Besar Alaf21

Dalam forum “Buat Duit dengan Menulis” yang diadakan di MPH Alpha Angle semalam, Ahad 27 Nov, beberapa maklumat menarik yang disampaikan oleh Pengurus Besar Alaf21, En. Norden Mohamed adalah:

1. Ada penulis Alaf yang sudah menerima hampir setengah juta ringgit royalti daripada novel-novelnya.

2. Adalah tidak benar novel-novel Alaf21 semata-mata mengemukakan tema cinta-cintaan, meskipun itu menjadi persepsi masyarakat.

3. Novel cinta saat ini sudah mulai menunjukkan tanda-tanda ia ‘lost its magic’, yakni sudah hampir sampai ke hujung zaman gemilangnya dari sudut angka jualan.

4. Novel-novel thriller seperti yang ditulis oleh Ramli Awang Murshid kini mulai meningkat jualannya, dan ada tanda-tanda pembaca perempuan pun sudah meminati genre ini.

5. Alaf sedang dengan serius mengembangkan produknya dengan menerbitkan novel-novel bertemakan selain cinta.

6. Novel-novel yang diterbitkan secara peribadi oleh penulis didapati tidak mendapat sambutan sehangat novel-novel yang diterbitkan oleh penerbit besar seperti Alaf21.

Maklumat ini berguna kepada saudara-saudara yang sedang mencari-cari genre mana yang saudara akan ceburi dalam dunia penulisan.



1 Komen :

At 9:46 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr. Ibnurabi, kalau macam ini PTS FORTUNA kena cari penulis di kalangan anggota polis dan tentera bagi menghasilkan karya penyiasatan dan perang.

 

Post a Comment

<< Home