Wednesday, November 16, 2005

Adakah Nasib Buku Melayu akan Serupa Buku Cina?

Dari sudut bahasa, pasaran buku-buku dalam bahasa Cina adalah paling besar di negara ini, diikuti oleh buku-buku Melayu, kemudian barulah buku-buku Inggeris, dan India. Pola ini juga berlaku dalam sektor akhbar dan majalah.

Pada suatu masa, muncul syarikat-syarikat penerbit tempatan yang cuba mengambil kesempatan daripada besarnya saiz pasaran bahasa Cina dengan menerbitkan buku-buku Cina yang ditulis oleh penulis-penulis tempatan. Salah satu syarikat itu adalah Pelangi. Pelangi adalah syarikat papan kedua di BSKL.

Pasaran buku-buku Cina karya tempatan mengalami pukulan kuat daripada buku-buku yang diimpot dari negara Cina. Faktor utamanya adalah disebabkan buku-buku impot itu jauh lebih tinggi mutu isi kandungan dan juga fizikalnya. Akibatnya Pelangi mengambil tindakan mengecilkan jabatan editorial Cinanya sehingga tinggal penerbitan buku-buku teks sekolah Cina sahaja.

Langkah Pelangi itu tentulah menjadi pukulan kuat kepada penulis-penulis Cina tempatan. Tanpa komitmen daripada para penerbit, masa depan buku-buku Cina karya pengarang-pengarang Malaysia adalah malap. Ini adalah kerugian kepada ekonomi negara dari sudut pertukaran wang asing dan dari segi kebudayaan. Kita seharusnya menggalakkan perkembangan karya tempatan supaya dapat diekspot ke pasaran negara Cina yang begitu luas, bukan sebaliknya, di mana kita mematikan pengkaryaan penulis-penulis tempatan, dan dengan itu memaksa pembaca bahasa Cina tempatan membaca karya-karya impot sahaja.

Bagaimana pula dengan nasib buku-buku bahasa Melayu? Jikalau penerbit tempatan tidak menunjukkan komitmen mahu membangunkan pengarang-pengarang tempatan, mungkinkah permintaan yang tinggi untuk buku-buku Melayu akan dipenuhi dengan cara mengimpot buku-buku dari Indonesia sahaja?


3 Komen :

At 10:08 AM, Blogger Abu Irfan Berkata ...

Puan Ainon, ketika berlayar-layar di laman siber, saya terjumpa satu blog yang mengulas novel-novel cinta.

Antara entri penulis blog itu yang menarik perhatian saya ialah yang bertajuk "PETUA MENGELAK TERBELI BUKU TAK BEST-seperti disiarkan dalam ruangan EMEL MINGGU INI Di ALAF21".

Penulis blog turut menyarankan penerbit menyiarkan bab pertama atau tiga mukasurat pertama di dalam laman web untuk rujukan pembaca/bakal pembeli.

Ini alamat blognya.

http://novelcinta.blogdrive.com/

 
At 11:28 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr. Amir, terima kasih atas maklumat ini.

Siapakah saudara yang sebenarnya?

Tidakkah saudara berminat hadir kursus kami?

 
At 9:53 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Saya sudah tengok blog novelcinta, Bagus, banyak maklumat tentang novel-novel yang bermutu. Membantu mereka yang hendak membeli novel.

 

Post a Comment

<< Home