Lagi Persatuan Penerbit Bumiputera!
Sesetengah perkara, lebih banyak lebih baik. Tetapi sesetengah perkara tidak, malah sebaliknya.
Gosip terbaru yang kita dengar adalah ura-ura beberapa buah penerbit Melayu hendak menubuhkan satu lagi persatuan penerbit Bumiputera.
IKATAN adalah persatuan penerbit Bumiputera yang sudah sedia ada. Mengapakah tiba-tiba muncul idea hendak menubuhkan satu lagi persatuan penerbit Bumiputera?
Ada beberapa teori yang dapat kita fikirkan:
1. Wujudnya rasa sangat tidak puas hati dengan cara-cara bagaimana IKATAN sekarang ini dipimpin dan diuruskan oleh jawatankuasa yang ada.
2. Ada agenda bisnes besar di sebalik ura-ura penubuhan persatuan kedua itu.
Kita berpendapat, kelemahan IKATAN tidak perlu diselesaikan dengan menubuhkan satu lagi persatuan. Idea menubuhkan persatuan baru hanya semakin melemahkan saluran suara penerbit-penerbit Bumiputera apabila berdepan ataupun apabila menghantar memorandum dan cadangan kepada kerajaan.
Jika agenda bisnes yang mendorong penubuhan persatuan baru itu, maka ia adalah strategi bisnes yang lemah. Beberapa kerat penerbit Melayu yang besar hari ini, seperti Karangkraf, Alaf21 dan Creative, semuanya berjaya membesar tanpa dukungan mana-mana persatuan. Penerbit Melayu lain perlu berguru kepada mereka, kerana sangat banyak yang dapat dipelajari daripada Tn. Hj. Hishamuddin Yaacob, En. Nordin Mohamed dan En. Jaafar Taib.
Persatuan mempunyai fungsinya sendiri yang penting. Fungsi persatuan yang paling utama adalah menjadi saluran rasmi anggota-anggotanya menyampaikan pelbagai cadangan kepada pihak kerajaan. Kedua, sebagai infrastruktur bagaimana industri dapat memberikan sokongan dan kerjasama kepada kerajaan dalam usaha melaksanakan rancangan-rancangan kerajaan. Ketiga, bagi meningkatkan kerjasama sesama anggota persatuan demi menjaga kepentingan bersama.
Apabila ada sangkaan bahawa kelemahan bisnes sesuatu syarikat dapat diselesaikan dengan memperalatkan persatuan, sangkaan itu datang daripada minda orang yang tidak tahu apa itu bisnes.
Tidak ada mana-mana persatuan dapat membesarkan bisnes sesiapa. Jika orang bisnes hendak membesarkan bisnesnya, caranya bukan dengan lebih kuat berpersatuan, tetapi dengan membuat kerja-kerja bisnes dengan lebih kuat.

0 Komen :
Post a Comment
<< Home