Teknik Penulisan Kreatif
Bagi peserta yang mengikuti bengkel penulisan kreatif PTS pada 23 Oktober lalu, sesudah saya membaca contoh-contoh kad yang dihantar, ada 2 perkara yang saya perhatikan:
Kebanyakan peserta sudah pandai menggunakan dialog sebagai alat menyampaikan cerita. Pada waktu yang sama, berlaku terlalu banyak dialog sehingga dialog yang tidak penting bagi perkembangan cerita pun dimasukkan juga. Apabila ini berlaku, cerita bergerak perlahan dan proses membaca jadi membosankan.
Terlalu banyak dialog sehingga lupa untuk menerangkan tingkah laku watak sewaktu mengucapkan dialog. Ini menyebabkan cerita hampir-hampir menjadi skrip drama! Penerangan tingkah laku yang mengiringi dialog adalah amat penting disebabkan tingkah laku itu menjadi bukti kepada emosi yang dialami oleh watak sewaktu dia bercakap.
Ingatlah bahawa 24% teks dalam surah Yusuf adalah ayat-ayat penerangan.
Tidak cukup hanya dengan menulis apa yang dikatakan oleh watak. Terangkan apa yang dilakukan oleh watak itu sewaktu dia berkata-kata, baru watak menjadi hidup, seolah-olah pembaca dapat melihat watak itu di depan matanya.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home