Remaja Menulis Buku untuk Remaja
Idea supaya penulis remaja ataupun penulis kanak-kanak diminta menulis buku-buku untuk bacaan golongan remaja dan kanak-kanak bukanlah suatu idea baru. Idea ini sudah dicuba di serata dunia.
Bagaimanakah sambutan pasaran kepada buku-buku seperti itu?
Didapati jualan buku remaja dan kanak-kanak yang ditulis oleh penulis-penulis remaja dan kanak-kanak tidak memberangsangkan.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini
Daya imaginasi remaja dan kanak-kanak adalah amat terbatas hanya disebabkan mereka itu masih amat muda. Mereka belum mempunyai banyak pengalaman, oleh itu mereka belum dapat mencipta pelbagai angan-angan yang membuka daya imaginasi pembaca remaja dan kanak-kanak.
Bakat bercerita remaja dan kanak-kanak belum cukup berkembang oleh itu mereka belum dapat mencipta plot dan sub-plot cerita yang kompleks.
Penguasaan bahasa remaja dan kanak-kanak juga belum cukup berkembang bagi membolehkan mereka menghasilkan pelbagai bentuk ayat-ayat dan perbendaharaan kata yang segar.
Remaja dan kanak-kanak belum mempunyai ilmu-ilmu bantu yang penting bagi menghasilkan cerita-cerita yang menarik.
Remaja dan kanak-kanak belum lama hidup oleh itu mereka belum mempunyai kebijaksaan atau 'wisdom' tentang manusia dan kehidupan yang dapat dijadikan mesej tersembunyi di sebalik cerita-cerita yang dihasilkan.
Penulis remaja dan kanak-kanak tidak dapat menghasikan cerita-cerita seperti siri Sang Kancil, Micky Mouse, Donald Duck, Harry Potter ataupun cerita-cerita Hans Christian Anderson.
Justeru siapakah yang lebih berupaya menghasilkan buku-buku cerita untuk bacaan remaja dan kanak? Jawapanya: Penulis dewasa yang memahami jiwa remaja dan jiwa kanak-kanak.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home