Friday, October 21, 2005

Aminah: "Cikgu Din"

Kamu semua ingin berkongsi kegembiraan saya pada hari ini? Hari ini saya mahu senyum sehingga habis masa saya dalam kelas ini,” kata Cikgu Din sebaik sahaja dia masuk ke Tingkatan 1 Malinja.

Maafkan saya, Selamat Petang, semua!” kata Cikgu Din masih tersenyum

Selamat petang, cikgu.”

Apabila saya panggil, sila ke depan dan ambil kertas kamu,” Cikgu Din memberi arahan.

Tahniah kerana berjaya mendapatkan keputusan yang begitu buruk! Tolong beri kepada saya satu alasan mengapa kamu gagal,” sambung Cikgu Din.

Kelas serta-mert sunyi sepi. Cikgu Din terus tersenyum.

Berdiri di sisi meja kamu. Pelajar perempuan di sebelah kanan. Pelajar lelaki di sebelah kiri,” katanya.

Pelajar perempuan bergerak ke belakang kelas! Pelajar lelaki ke hadapan kelas!” kata Cikgu Din lagi, sambil terus tersenyum.

Saya mahu awak ingat saya sampai bila-bila. Saya juga mahu awak lulus sampai bila-bila. Ingat!” sambung Cikgu Din.

Cikgu mahu rotan kamikah?” tanya Akma.

Tidaklah, saya tidak mahu tangan saya sakit. Nanti saya tidak boleh menulis, semua orang akan susah,” kata Cikgu Din. Dia terus senyum.

Kira berapa jumlah kesalahan kamu, kemudian kamu darab dengan sepuluh. Selepas itu cari pasangan masing-masing. Saya beri kamu 1 minit dari sekarang!” Cikgu Din memberi arahan.

Ingat! Jika kamu salah mengira, kamu akan dikenakan denda yang lain. Kita mulakan sekarang,” kata Cikgu Din lagi.

Kamu semua lihat ke arah padang. Adakah kamu kasihan dengan Pakcik tukang kebun itu?” tanya Cikgu Din.

Kasihan, cikgu. Mesin pemotong rumput itu berat,” kedengaran satu suara menyahut.

Bagus! Kamu memang budak baik. Mari kita bantu Pakcik itu,” kata Cikgu Din. “Beratur seorang demi seorang. Kita bergerak ke padang!” arah Cikgu Din.

Cikgu Din kemudian meminta Pakcik tukang kebun itu berehat di tepi padang.

Kamu semua masih ingat jumlah kiraan kamu tadi?”

Ingat!”

Setiap orang petik daun rumput dan susun. Satu susunan sepuluh helai sehingga cukup jumlah kiraan kamu. Ingat, jika kamu silap, jumlah itu akan menjadi dua kali ganda,” kata Cikgu Din.

Murid-murid Tingkatan 1 Malinja segera mencabut daun rumput di padang sepanjang pagi itu. Cikgu Din terus tersenyum.