Sunday, October 16, 2005

Satu Pokok Getah

Satu pokok getah tidak jadi satu estet. Itu adalah pepatah Tamil. Makna pepatah ini adalah, barang berharga tidak dapat menghasilkan kekayaan jikalau jumlahnya sedikit.

Sebagai pengarang, saudara tidak dapat hidup selesa jikalau saudara hanya mempunyai satu ataupun dua karya yang baik. Saudara perlu menghasilkan banyak karya.

Cuba saudara berfikir begini: Sebuah buku menghasilkan RM5 ribu royalti setahun. Ini bermakna untuk mendapat RM100 ribu royalti setahun, saudara perlu mempunyai 20 buah karya.

Jika saudara menulis 2 buah buku setahun, dalam masa 10 tahun baru saudara mempunyai 20 buah buku.

Tulis buku-buku evergreen. Royalti saudara dapat meningkat: Tahun 1 tulis 2 buku (royalti RM10k), Tahun 2 tulis 2 buku lagi, jadi saudara ada 4 buku (royalti RM20k), Tahun 3 – 6 buku (royalti RM30k), Tahun 4 – 8 buku (royalti RM40k) dan begitulah seterusnya.

Bagi mengetahui jenis-jenis buku yang dapat menjadi evergreen dalam pasaran, saudara perlu menghadiri kursus PTS di mana dalam kursus itu saudara akan diberi maklumat tentang industri dan pasaran buku di negara ini.

Saudara juga akan dilatih bagaimana cara menulis 2 ataupun 3 buku setahun. Lagipun, jika saudara berminat menerbitkan karya saudara dengan PTS, saudara diwajibkan menghadiri kursus PTS.


3 Komen :

At 1:02 PM, Blogger Al-Haqir Wal-Faqir Ilallah Berkata ...

Puan! puan! nak tanya ni, puan asyik suruh hadir kursus kat PTS tapi puan tak pun bagi tahu bila. Bagilah kami tahu. Kami penulis2 penkarat ni nak juga dapat 10k,20k,30k, dan Jkk walaupun dah terlambat!

 
At 3:03 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 3:09 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr. Walid, notis kursus ada disiarkan dalam laman web www.pts.com.my

Blog saya ini pun boleh buka ikut laman web tu!

Sdr berminat menulis apa? Maklumat ini penting. Kita mencari penulis untuk program penerbitan yang udah dirancang untuk sepanjang tahun 2006.

Tulis pada saya ainonm@pts.com.my

 

Post a Comment

<< Home