Monday, October 10, 2005

Apa Itu Certot?

Certot berasal daripada gabungan dua perkataan CERITA dan KONTOT, sebagaimana 'cerpen' adalah gabungan CERITA dan PENDEK. Istilah certot mula-mula dicipta dan digunakan oleh Hishamuddin Rais.

Pada masa ini buku-buku antologi cerpen sudah tidak laku lagi dalam pasaran. Itulah sebabnya penerbit swasta tidak berminat menerbitkan antologi cerpen, tinggal DBP sahaja yang diharapkan dapat terus berjuang mempertahankan cerpen.

Walaupun cerpen masih diterbitkan, tetapi trend penerbitan cerpen dalam akhbar mingguan dan majalah menunjukkan suatu fenomena yang merisaukan para sasterawan, di mana cerpen-cerpen itu semakin hari semakin pendek! Trend ini tidak sihat untuk karya sastera genre cerpen.

Pada suatu masa dahulu, cerpen yang disiarkan oleh akhbar lebih panjang daripada satu halaman. Sekarang cerpen cukup-cukup satu halaman sahaja. Bersama dengan trend cerpen pendek ini adalah trend turunnya mutu cerpen-cerpen itu.

Sekarang sudah muncul trend baru menggantikan trend membaca cerpen, iaitu trend membaca certot yang betul-betul kontot. Pembaca mulai menerima certot-certot yang baik sekali, meskipun antologi itu dijual dengan harga yang komparitif tinggi.

Certot yang digemari ditulis antara 100 perkataan hingga 500 perkataan sahaja.

Nah! Timbul keperluan bagi mencari penulis-penulis yang memiliki suatu seni baru yang sedang laku sekarang, yakni seni menulis certot.



1 Komen :

At 4:37 PM, Blogger Tok Rimau Berkata ...

Saya dapati satu genre yang mula diterokai adalah anekdot dari guru, bahasa, seram, politik dll.

Ianya mirip blog tapi lebih seni dari segi ekonomi perkataan.

Ada juga cubaan untuk buat Chicken Soup For The Soul Style tapi tidak berapa menjadi.

 

Post a Comment

<< Home