Bid'ah Linguistik
Salah satu masalah yang menyebabkan buku-buku agama Islam susah dibaca oleh mereka yang hendak belajar sendiri tentang Islam adalah unsur 'bid'ah bahasa' yakni kelaziman pada penggunaan peraturan bahasa feudal dalam buku-buku agama.
Dalam tradisi bahasa Melayu, raja-raja menggunakan bahasa istana, yang berlainan sedikit dengan bahasa Melayu rakyat biasa. Sebagai contoh, raja 'bertitah' manakala rakyat 'bercakap'.
Ustaz-ustaz Malaysia mencipta peraturan feudal untuk bahasa Nabi Muhammad dan Allah. Jadi Allah 'berfirman' manakala Nabi Muhammad 'bersabda'.
Alasan mereka adalah bagi memuliakan Allah dan Nabi Muhammad. Atas alasan itu kataganti nama feudal 'baginda' (yang bermakna 'dia') dikenakan kepada Nabi Muhammad. Namun bagi Allah, ustaz-ustaz Malysia tetap menggunakan 'dia'.
Dalam Quran, 'qa-la' (berkata) digunakan untuk Allah, Nabi Muhammd dan sesiapa sahaja, termasuk syaitan!
Bahasa feudal bukan bahasa Quran. Nabi Muhammad bukan raja. Sistem feudal tidak selaras dengan sistem politik Islam.
Perkataan 'sabda' adalah dipinjam daripada bahasa Sanskrit, bahasa kitab-kitab agama Hindu. Perkataan 'firman' datang dari bahasa Parsi, itulah sebabnya perkataan itu tidak ada dalam Quran.
Suatu hal yang menarik, di negara Brunei yang masih amat feudal itu, perkataan 'bersabda' digunakan oleh mufti dan menteri agama negara itu.
2 Komen :
Saya kira 'feudal' di sini kurang tepat. Yang tepatnya, bahasa kita sendiri sudah ada 'kasta'. Saya, Aku, Beta, Patik dah cukup jadi bukti.
Betul puan, salah satu perkara yang menghalang pembaca dari membaca buku-buku agama adalah masalah bahasa. bahasa yang tidak indah dan sukar difahami menjemukan. sudahnya pembaca akan mencampakkan buku-buku agama ke sisi dan mencapai novel-novel cinta yang lebih indah bahasanya.
Post a Comment
<< Home