Thursday, October 06, 2005

Bahasa Moden untuk Buku Agama

Hadith ke-25 dalam Antologi "Hadith 40" Imam Nawawi

Abu Dzar melaporkan, pada suatu hari beberapa orang sahabat Nabi Muhammad berkata kepada beliau, “Wahai Rasul Allah, orang-orang kaya berpeluang mendapat semua pahala. Mereka sembahyang macam kami sembahyang. Mereka berpuasa macam kami berpuasa. Mereka juga dapat bersedekah dengan harta mereka yang banyak.

Nabi Muhammad menjawab, “Bukankah Allah sudah menyediakan untuk saudara-saudara sesuatu yang dapat saudara sedekahkan? Dalam setiap tasbih ada sedekah. Dalam setiap takbir ada sedekah. Dalam setiap tahmid ada sedekah. Dalam setiap tahlil ada sedekah. Mengajak orang melakukan kebaikan adalah sedekah. Mencegah orang daripada melakukan kejahatan adalah sedekah. Menggauli isteri adalah sedekah.”

Sahabat-sahabat Nabi Muhammad bertanya, “Wahai Rasul Allah, adakah kami diberi pahala apabila menggauli isteri kami?”

Dijawab oleh Nabi Muhammad, “Cuba saudara katakan kepada saya, tidakkah jikalau saudara menggauli perempuan secara haram, saudara-saudara mendapat dosa? Dengan demikian, apabila saudara menggauli isteri saudara, saudara mendapat pahala.”



4 Komen :

At 8:09 AM, Blogger Shams Berkata ...

Puan Sifu, adakah perkataan 'menggauli' itu tepat dengan maksud hadis. Menggauli boleh difahamkan bergaul biasa. Kalau di sekolah pelajar lelaki bergaul dgn pelajar perempuan di dalam kelas. ATAU 'mengauli' itu hanya orang dewasa je faham dengan maksud "bersetubuh" so budak-budak baca rasa macam biasa je- tak bayangkan jauh sampai macam kita orang dewasa bayangkan. minta komen sifu.

 
At 9:50 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

En. Sham, saya nak letak perkataan "ber..." tu malu pulak rasanya. Tetapi dulu-dulu perkataan menggauli tu memang itulah maknanya. Budak-budak tak baca kot hadith 40 Imam Nawawi. Kalau tak sesuai kita boleh tukar lagi, no problem.

 
At 12:44 PM, Blogger nabila Berkata ...

Puan Sifu dan En. Sham,
Saya fikir terjemahan itu sesuai dengan maksud hadis. Allah sendiri banyak menggunakan bahasa halus dalam al-Quran.

Rasanya banyak juga istilah halus ini dalam bahasa kita. Contohnya 'buang air'. Elok benar diperjuangkan ibubapa, supaya terus digunakan oleh generasi muda...

 
At 11:14 AM, Blogger bangmat Berkata ...

Bahasa halus yang macam mana agaknya? halus macam Awang Kenit atau macam semut? Ha ha aha...Ada lagi benda yang belum jelas dalam ni Pn Ainon, walaupun saya dapat tanggapi maksud puan - bahasa budaya feudal yang kuat mengikat laras ayat dan kata dalam kitab agama Islam bahasa Melayu. Jangan ada yang mengelirukan hal ini dengan kesopanan dalam bahasa pula.

 

Post a Comment

<< Home