Friday, October 21, 2005

Siti Norida: "Cikgu Kalsom"

Syyy! Cikgu datang! Cikgu datang!” suara ketua kelas memberi amaran.

Semua pelajar meluru ke tempat duduk masing-masing. Tiada suara yang kedengaran lagi.

Berdiri kelas, Assalamualaikum Puan Kalsom,” suara Amran ketua kelas 4 Tekun lantang kedengaran. Kemudian diikuti oleh rakan sekelasnya.

Walaikum salam,” jawab Cikgu Kalsom ringkas.

Seperti biasa setiap kali masuk ke kelas Cikgu Kalsom memastikan kelas tersusun rapi dan tiada sampah bertaburan.

Yam, cuba kamu tengok baju Puan Kalsom, saya rasa macam ada yang tidak kena sahaja,” Rosmah mencuit bahu kawan di sebelahnya, Mariam.

Eh! Betullah, saya rasa pun macam itu juga,” jawab Mariam.

Puan Kalsom menghadap ke papan hitam sambil menulis tajuk karangan hari itu. Telinganya masih kedengaran beberapa suara di belakang. Suara itu hilang bila beliau memalingkan mukanya ke belakang. Bukan Rosmah dan Mariam sahaja yang perasan perkara itu, ada beberapa pelajar lain juga. Terutamanya pelajar perempuan.

Rosmah, mengapa kamu tersenyum-senyum?” sergah Cikgu Klasom.

Tidak… tidak ada apa-apa, cikgu,” jawab Rosmah agak gugup.

Apa yang tidak kena agaknya, hari ini lain macam betul budak-budak ini,” bisik hati kecil Cikgu Kalsom. Berkerut dahi Cikgu Kalsom berfikir.

Semua berdiri!” kata Cikgu Kalsum dengan suara yang agak tinggi.

Pelajar-pelajar lelaki saling pandang memandang antara satu sama lain. Hakim, Idris dan Hisyam terpinga-pinga tidak tahu apa-apa.

Mengapa awak tersengih-sengih?” Cikgu Kalsom mendekati Nabila.

Nabila tidak bersuara. Lidahnya agak kelu untuk berkata-kata. Cikgu Kalsom terus mendesak. Nabila terpaksa cakap walaupun dia takut, dia tidak suka Cikgu Kalsom memaksanya begitu.

Itu! Itu! Baju!...” jawab Nabila dengan suara yang agak perlahan, jarinya menuding ke arah baju Cikgu Kalsom.

Mengapa dengan baju aku?” bisik hati kecil Cikgu Kalsom.

Cikgu Kalsom tunduk memerhatikan baju yang dipakainya. Baju batik lukis kurung Johor yang dipakainya terlupa hendak diterbalikkan. Pelajar-pelajar melindung senyuman mereka dengan menutup mulut.

Merah padam muka Cikgu Kalsom.