Tuesday, October 18, 2005

Pengumuman: Sesi Inkubator Lepas Raya

Perhatian! Perhatian!

Notis ini hanya untuk mentee-mentee yang sudah mengikuti kursus pengenalan sahaja. Bagi yang belum, perlu ikuti dahulu kursus pengenalan.

Kepada mentee-mentee projek PTS FORTUNA dan PTS ISLAMICA yang dijalankan pada 15 dan 16 Oktober lalu, sila ambil perhatian.

Seminggu lepas raya kita akan mulakan sesi inkubator. Bagi mentee-mentee yang tidak berkerja sepenuh masa, kita akan adakan sesi pada hari-hari biasa.

Bagi mentee-mentee yang bekerja, cuba ambil cuti satu hari. Ini lebih penting untuk kumpulan ISLAMICA. Kita perlu siapkan projek sekarang cepat. Banyak set baru hendak dikerjakan tahun ini juga.

Sila mendaftar dalam kotak surat bagi mentee-mentee yang dapat datang pada hari biasa.

Sesi bermula jam 10 pagi. Siapa cepat pandai boleh balik cepat, kalau tidak, balik jam 5 petang! (Sesiapa yang teruk sangat uslub Arabnya, mungkin perlu masuk sesi pemulihan.)

Tiap sesi hanya 2 orang sahaja dapat ikuti, itu sebab kita perlu jalankan sesi sepanjang minggu, tak kira hari kerja ataupun hari minggu.

Bagi yang ada laptop, bawa laptop.