PTS FORTUNA: Ciri-ciri Wajib pada Novel Islami
Kita banyak menerima manuskrip daripada penulis-penulis novel tetapi selepas dibaca didapati tidak dapat diterima. Manuskrip-manuskrip itu dihantar oleh mereka yang belum pernah mengikuti kursus penulisan PTS.
Untuk maklumat saudara yang belum pernah hadir dalam kursus penulisan kreatif PTS, berikut adalah kriteria yang menyebabkan manuskrip novel ditolak:
Watak utama novel itu bukan watak ideal menurut pandangan Islam, umpamanya watak itu seorang yang pendendam, ataupun watak itu mempunyai nilai-nilai yang tidak selaras dengan Islam, umpamanya watak itu tidak taat kepada suami.
Cerita utama dalam novel itu bukan berdasarkan kisah sebenar, tetapi direka-reka semata-mata berdasarkan khayalan penulis. Umpamanya penulis tidak pernah kenal mana-mana penyanyi kelab malam tetapi cerita itu adalah berkenaan kehidupan seorang penyanyi kelab malam yang akhirnya bertaubat. Ataupun cerita itu berdasarkan kisah pasangan kahwin campur sedangkan penulis tidak pernah pengalaman ataupun melakukan penyelidikan ataupun kajian berkenaan gaya hidup pasangan kahwin campur.
Dalam novel itu terdapat babak-babak pergaulan asmara lelaki perempuan yang tidak dibenarkan dalam Islam, sebagai contoh babak di mana pasangan bertunang yang berpegang-pegang tangan ataupun pasangan kekasih bersiar-siar bersama.
Tiga kriteria di atas adalah ujian asid bagi menilai manuskrip yang diterima. Ertinya, jika didapati ada salah satu unsur itu, maka manuskrip itu ditolak.
Ini bukan bermakna kita tidak mencari kisah-kisah cinta. Kita mencari kisah-kisah cinta yang ditulis dengan menggunakan tekni-teknik penulisan Islami. Inilah sebabnya saudara wajib hadir kursus penulisan PTS sebelum saudara menuliskan novel saudara.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home