Mengapa Editor Part-time Perlu Laptop
Untuk menjadi editor part-time di PTS, saudara mesti mempunyai laptop atas alasan berikut:
PTS sentiasa berkejar dengan waktu. Waktu adalah modal yang amat penting jika PTS mahu menang dengan persaingan. Dengan memiliki laptop, produktiviti saudara lebih tinggi disebabkan laptop membolehkan saudara bekerja di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Ini membantu PTS menepati jadual penerbitannya.
Sesi-sesi latihan editing memerlukan saudara membawa komputer saudara sebab editing di PTS adalah on-screen, yakni tidak menggunakan kertas sama sekali. Saudara akan dilatih bagaimana melakukan on-screen editing.
Pegawai PTS akan install software-software yang diperlukan untuk kerja-kerja editing dan layout ke dalam komputer saudara, yakni sebelum saudara dapat dilatih melakukan kerja-kerja editing dengan menggunakan software itu.
Bagi saudara yang belum pernah mengikuti kursus penulisan PTS, saudara tidak akan diambil menjadi editor part-time sebelum saudara ikuti kursus-kursus itu.
Bagi saudara yang sudah mengikuti kursus PTS, ia bukan jaminan saudara layak diambil menjadi editor part-time.
Kita akan nilai kemahiran bahasa saudara, apabila kita puas hati, saudara akan ditawarkan kerja-kerja part-time. Kriteria ketat ini adalah bagi memastikan kualiti editorial buku-buku terbitan PTS sentiasa terjaga.
0 Komen :
Post a Comment
<< Home