Pengarah Cerita
Di syarikat Walt Disney, pembikin filem-filem animasi yang terkenal itu, bagi setiap projek filem, akan dilantik seorang yang diberi tugas sebagai STORY DIRECTOR. Tugas utama Pengarah Cerita adalah menghasilkan cerita yang bakal dianimasikan.
Strategi kerja di Walt Disney itu adalah bukti beberapa realiti:
Bakat mencipta cerita adalah bakat yang unik. Bakat ini paling penting dan jumlah individu yang memiliki bakat ini lebih kecil daripada mereka yang memiliki bakat-bakat kreatif jenis lain, seperti bakat berlakon, bakat menulis, bakat melukis dan seumpamanya.
Bakat mencipta cerita jarang sekali hadir bersama-sama dengan bakat menulis cerita pada seseorang individu.
Inilah faktor yang menyebabkan kualiti cerita dalam buku-buku terbitan tempatan tidak menarik, sebab si penulis dikehendaki mencipta cerita yang dituliskannya, sedangkan dia belum tentu mempunyai bakat mencipta cerita! Orang yang pandai mencipta cerita pula belum tentu mempunyai bakat menulis.
Kita di Malaysia perlu mencontohi strategi kerja di Walt Disney itu. Lakukan 'talent scouting' dengan agresif, cari individu-individu yang mempunyai pelbagai jenis bakat yang diperlukan supaya kita dapat meniru kejayaan Walt Disney.
1 Komen :
Salam,
SAYA SANGAT SETUJU!
Post a Comment
<< Home