Hanya Satu Novel Cinta
Majoriti penulis muda hanya berjaya menerbitkan novel dengan penerbit besar hanya berjaya menerbitkan satu novel sahaja dengan penerbit itu, manakala novel kedua mereka ditolak disebabkan kualiti cerita dan analisis tema yang rendah.
Maklumat ini kita perolehi daripada pengurus besar salah sebuah penerbit novel cinta yang terbesar. Menurut beliau, faktor yang menyebabkan penulis muda gagal menghasilkan karya bermutu secara konsisten adalah mereka tidak banyak membaca.
Isu penulis tidak banyak membaca ini adalah isu penting. Para pembeli buku adalah orang-orang yang gemar membaca, maka itulah sebabnya mereka membeli buku. Jadi, mereka bukan orang bodoh. Tetapi rupa-rupanya masih ada penulis yang menyangka mereka dapat melahirkan karya bermutu tanpa banyak membaca.
1 Komen :
Sdr Marianah, saya sudah tengok blog sdr. Sdr mempunyai bahan. Sdr perlu belajar teknik bercerita dan bahasa Melayu tinggi.
Post a Comment
<< Home