Tuesday, November 29, 2005

Trend Pasaran Kaset, CD dan Buku

Gosip terbaru yang kita dengar daripada dunia pasaran kaset, CD dan buku adalah TELAGA BIRU akan masuk ke dalam aktiviti penerbitan buku-buku motivasi cinta, kasih sayang dan keluarga bahagia dengan serius.

Sebelum ini TELAGA BIRU adalah penerbit kaset dan CD motivasi cinta dan kasih sayang yang terbesar di negara ini. Tidak ada mana-mana penerbit kaset dan CD motivasi yang dapat menandingi barisan tokoh-tokoh motivasi yang dimiliki oleh TB: Dato' Dr. Fadhillah Kamsah, Ustazah Noor Bahiyah, Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, Ustaz Wan Sohor Bani Leman, sebut sahaja nama-nama selebriti motivasi di negara kita sekarang, produk mereka ada pada TB. Nama-nama selebriti itu adalah aset paling bernilai yang dimiliki oleh TB.

Kejayaan TELAGA BIRU terletak pada kepakaran yang dimiliki oleh pemiliknya, Haji Wahab Yusof. Beliau pernah bekerja dengan syarikat rakaman muzik yang amat terkenal di negara ini. Itulah sebabnya beliau amat berjaya dalam bisnes menerbitkan dan menjual kaset dan CD dan dalam waktu singkat TB membesar dengan pesatnya.

Tetapi mengapakah TELAGA BIRU tiba-tiba memasuki aktiviti menerbitkan buku, sedangkan bisnes penerbitan buku amat berbeza daripada penerbitan kaset dan CD?

Kita meramalkan, TB sedang mengalami masalah putaran dan hayat produk-produknya. Memang menjadi hukum alam, semua produk mempunyai tempoh hayatnya dalam pasaran, iaitu sekitar maksimum 5 tahun. Selepas 5 tahun pasaran bagi kategori produk itu akan turun.

Maklumat yang kita kutip daripada pasaran mendapati, 3 tahun yang lalu, para pengedar kaset-kaset motivasi boleh memesan sehingga 2 ribu unit kaset-kaset motivasi, nasyid, dan ceramah agama. Tetapi sejak akhir-akhir ini, jumlah pesanan itu jatuh menjunam-junam sehingga ada yang memesan 50 unit sahaja bagi produk yang baru diterbitkan.

Fenomena putaran hayat produk juga sedang dialami oleh novel-novel cinta remaja. Sebuah penerbit besar (bukan Alaf21) yang ikut terjun ke dalam penerbitan novel cinta, melaporkan kepada kita bahawa 3 tahun lalu mereka dapat mencetak dan menjual 10 ribu naskhah, kini hendak menghabiskan stok cetakan pertama 3 ribu naskhah pun sakit!

Bagaimana pula dengan putaran buku-buku motivasi yang sedang top sekarang ini? Berapa lama lagi sebelum permintaan bagi buku-buku motivasi sampai ke hujung putarannya?


5 Komen :

At 1:48 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr. Marianah, sila hubungi Puan Nor PTS One berkenaan perkara itu. 019 3093646. atau norhazizam@pts.com.my

 
At 3:59 AM, Blogger abdullahjones Berkata ...

buku motivasi cuma akan bertahan enam bulan lagi. :)

 
At 9:00 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr. Abdullahjones, sebagai suatu genre, buku motivasi akan terus laku, tetapi tidak meletup-letup. Saya fikir tema motivasi yang akan sampai ke penghujungnya adalah buku-buku motivasi bertemakan "Semua orang boleh!" Buku-buku motivasi yang berdasarkan tema "how to" yang menerangkan teknik-teknik langkah-demi-langkah, akan berkekalan dalam pasaran.

 
At 1:58 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Saya setuju benar dengan pandangan sdr Ibnurabi, terutama tentang semakin kita berjaya semakin kita memerlukan pembakar semangat.

Pemerhatian yang saya buat juga mendapati pembeli buku-buku motivasi adalah orang-orang yang sedia bermotivasi! Bukan orang yang malas ataupun lemah semangat juang.

Serupa dengan buku-buku motivasi hidup bahagia. Saya dapati pasangan suami isteri yang bahagia yang membeli buku-buku panduan hidup bahagia! Bukan orang yang menderita jiwanya.

 
At 12:10 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Kita dapat tahu TELAGA BIRU akan menerbitkan apa yang disebut "BUKU MAJALAH" iaitu buku yang layoutnya cantik macam layout majalah.

Buku terbaru TB adalah buku ustazah Norbahiyah Mahmud, memang cantik! Nampaknya sambutan buku tu bagus sekali.

TB memang pandai menjual produk2 selebriti. Tahniah!

 

Post a Comment

<< Home