Tuesday, February 07, 2006

Dilema Seorang Novelis Perempuan

“Novel saya bukan novel cinta,” kata seorang penulis novel. “Apatah lagi cinta remaja,” sambungnya.

Beliau yang sudah menerbitkan 4 buah karya dengan dua buah penerbit ternama, mencurahkan perasaan tidak puas hatinya, walaupun karyanya laku.

“Habis, mengapa?”

“Saya malu kepada student-student saya. Saya malu kepada rakan-rakan pensyarah di fakulti saya. Saya malu kepada jiran-jiran saya!” katanya lagi.

“Habis, mengapa?”

“Saya bukan penulis novel cinta remaja!” katanya lagi.

Beliau yang muda-muda sudah naik haji dan bertudung sampai ke pinggang, mengadu bahawa judul yang diberikan oleh penerbit, imej dan wajah pada kulit novel-novelnya tidak serasi dengan jiwa dan maruahnya sebagai pensyarah universiti.






3 Komen :

At 11:28 AM, Blogger Naim Berkata ...

itulah jika artis grafik utk kulit novel tu tak Islamik.

 
At 12:23 PM, Blogger Zaid Akhtar Berkata ...

alhamdulillah. saya dapat editor yg Islamik yg boleh mengawal artis grafiknya. Cover saya wanita bertudung.

 
At 2:33 PM, Blogger cenderawasih Berkata ...

artis grafik yg bersalah? huhuhu. kesian kat artis grafik. mereka hanya mengikut kehendak penerbit.

Kulit novel wanita bertudung, ustaz zaidakhtar? belum tentu isi novel islamik. saya biasa jumpa.

 

Post a Comment

<< Home