Tuesday, February 07, 2006

Membaca Shout-box Blog Pekomik Melayu

Membaca shout-box dan chat-box dalam blog-blog para pelukis komik banyak gunanya apabila kita mahu memahami apa isu-isu yang menjadi fokus proses berkarya di kalangan kaum seniman ini.

Perbualan dalam shout-box mereka menunjukkan beberapa ciri menarik:

1. Pengunjung shout-box menggunakan bahasa slanga golongan pekomik. Ini menunjukkan feedback yang diterima oleh para blogger pekomik adalah amat terbatas sumbernya iaitu mereka memberi dan menerima feedback sama sendiri. Bahasa slanga adalah bahasa groupisme kumpulan kecil dan bukti ciri psikologi pra-matang.

2. Jenis-jenis feedback yang diberikan dalam shout-box itu tidak mengandungi maklumat yang berguna kepada pekomik bagi tujuan mengetahui secara teknikal kekuatan dan kelemahan karya-karya yang dihasilkannya.

3. Jenis penilaian yang dikakukan oleh pengunjung bersifat memuji-muji karya blogger berkenaan, bukan penilaian kritikal ataupun penilaian informatif.

4. Puji-pujian yang diberikan itu tidak disertai dengan maklumat teknikal bagi menerangkan apa dan di mana kelebihan karya si blogger. Puji-pujian itu bertujuan untuk membuat si blogger berasa seronok.

5. Pujian tertinggi diberikan apabila keelokkan lukisan si blogger dianggap oleh si pengunjung sebagai setaraf ataupun dapat menyaingi lukisan tokoh pelukis komik lain.

Bagi menghasilkan karya komik yang bersifat evergreen dan bertaraf harta intelek, yang dapat diulangcetak tahun demi tahun, bertahun-tahun, yang dapat menjadi sumber kehidupan selesa, justeru para pekomik kita memerlukan penilaian teknikal yang informatif.

Mesti ada segolongan peminat seni komik Malaysia yang memainkan peranan sebagai pengkritik teknikal bagi membantu para pekomik kita memajukan prestasi karya mereka.

Kita mengharapkan tokoh-tokoh cendekiawan seperti Sdr. Kalamtimur dan Sdr. Abdullahjones memainkan peranan mulia ini.




5 Komen :

At 3:52 PM, Blogger cenderawasih Berkata ...

bagaimana hendak komen tentang karya org lain di blog mereka, puan. kalau komen yang menyakitkan perasaaan tidak dapat diterima dgn hati terbuka. lantas puji ajelahhhh...

 
At 4:12 PM, Blogger Izam Berkata ...

erm... komen yg boleh bagi karyawan meningkatkan mutu karya, sepatutnya diterima dgn hati yg terbuka. walaupun pedas. tapi kalau komen yg berbentuk cacian, buat tak tau dah le... kalau boleh padam, padam cepat2... kalau tidak, nanti mata dok terpandang ayat tak best tu kat shout-box... tensen ooooooo...

 
At 6:05 PM, Blogger abdullahjones Berkata ...

abdullahjones yang cendekiawan itu bukan saya, hanya nama kami KEBETULAN serupa.

siapa kalamtimur? ada link ke blog atau lamannya?

 
At 7:40 AM, Blogger Kalamtimur Berkata ...

saya pun rasa blushing juga disebut CENDEKIAWAN. ramai lagi yang layak sebetulnya. Sdr Abduulahjones, blog sdr kerap juga saya kunjungi, sekali memberi komen di sana.

 
At 10:47 AM, Blogger Unknown Berkata ...

Puan Ainon,

satu komen yang jujur dan ikhlas mengenai komen di blog!

Penulis di blog ramai yang sensitif sifat nya. Ramai yang perajuk. Merajuk atau melenting bila ada komen yang menyakitkan hati walaupun mungkin konstruktif.

Sudah banyak blog yang bagus tetapi terkubur dek komen-komen sebegitu..

 

Post a Comment

<< Home