Thursday, February 02, 2006

Hukum Menghasilkan dan Menerbitkan Karya Komik

Bagi saudara yang akan menghasilkan karya dalam bentuk lukisan, sebelum kita bercakap tentang karya komik Islami, kita perlu menyelesaikan lebih dahulu persoalan apakah hukum melukis komik.

Kedudukan senilukisan dalam Islam adalah sama kontroversinya dengan senimuzik dan senilakon. Terdapat dua kubu pendapat. Satu kubu mengatakan seni lukisan itu tidak boleh, manakala kubu yang satu lagi mengatakan boleh.

Dalam surah Yusuf tidak ada unsur lukisan. Tetapi ada suatu hadis yang menarik.

Kita petik hadis nombor 575 dalam koleksi Riadhus Salihin, susunan Imam Nawawi yang bermaksud: Ibnu Masud berkata, "Nabi Muhammad melukis rajah empat segi. Kemudian, di tengah-tengah segiempat itu beliau melukis suatu garisan panjang yang sampai terkeluar dari segiempat itu. Kemudian beliau melukis garis-garis pendek di bawah garis tengah itu. Selepas itu Nabi Muhammad berkata (bagi menerangkan makna lukisannya itu), 'Garis ini adalah manusia. Garis ini adalah ajalnya. Garis yang terkeluar ini adalah angan-angannya. Garis-garis pendek ini adalah perkara-perkara duniawi yang diterimanya. Jikalau dia terhindar daripada bencana yang ini, dia akan ditimpa oleh bencana yang ini pula. Jikalau dia terlepas daripada bencana yang ini, dia tentu tidak terlepas daripada bencana yang ini pula.'"

Disebabkan hadis ini autoritatif, maka kita berpendapat bahawa Nabi Muhammad bukan hanya menyampaikan mesej Islam dengan menggunakan 'verbal communication' (komunikasi lisan) tetapi beliau pernah menggunakan apa yang kita hari hari sebut dengan istilah 'visual communication' (komunikasi lukisan). Beliau tidak pernah menggunakan 'written communication' (komunikasi tulisan) disebabkan beliau tidak pandai membaca dan menulis.

Justeru, lukisan sebagai media bagi menyampaikan mesej-mesej Islam itu ada dalam sunah Nabi Muhammad. Ini pendapat kita sekarang. Kita mengajak pakar-pakar agama dan pakar-pakar teori kesenian Islam menerangkan kedudukan komik sebagai alat berdakwah.



6 Komen :

At 1:13 PM, Blogger Kalamtimur Berkata ...

Barangkali disebabkan kekeliruan mengenai hukuman melukis ini ramai perkarya kita dikalangan penkomik dan kartunis kita suatu ketika dahulu menggantung berus, pen dan dakwat.

 
At 2:42 PM, Blogger Izam Berkata ...

erm... dulu saya pernah postkan topik hukum melukis yg Dato' Dr Mashitah Ibrahim reply semasa saya ajukan soalan ni kat dia.

 
At 8:37 AM, Blogger Latiptalib Berkata ...

Disebabkan ada pendapat yang mngatakan tidak boleh melukis komik maka karya pekomik asing seperti, Tarzan, doremon dan sebagainya (yang dibuat tidak islami) melambak di pasaran.

Selepas Nabi Muhamad saw wafat bila Saidina Omar hendak mengumpulkan al Quran dalam bentuk tulisan (kitab) ada yang tidak setuju tetapi terbukti usahanya itu mendatangkan menafaat kepada umat Islam.

setiap amalan bergantung kepada niat, begitu sabda nabi. kalau niat baik untuk menghasilkan komik islami elok diteruskan kerana itu boleh mendatangkan kebaikan.

Bukankah Bida'ah yang mendatangkan kebaikan itu dibolehkan?.
(maksud bida'ah perkara yang tidak pernah dibuat pada zaman nabi).

Wallahu aklam.

 
At 10:51 AM, Blogger Unknown Berkata ...

Teliti sungguh penelitian puan ainon. Tertarik betul saya dengan huraian Hadith yang dikiaskan dengan melukis kartun.

Niat baik sahaja tidak cukup, jika jalannya tidak betul. Moga berjaya projek PTS ni.

 
At 2:23 PM, Blogger Izam Berkata ...

nanti saya try cari semula email yg dato' hantar kat saya hari tu.

 
At 9:38 AM, Blogger Kalamtimur Berkata ...

stroke yang izam buat kartun untuk Mato-Mato saya suka.

 

Post a Comment

<< Home