Siapa Suka Cerita Humor?
Film humor Afdlin Shauki "Baik Punya Cilok" berjaya mengutip RM1 juta dalam tempoh 2 minggu pertama ia ditayangkan. Dalam tempoh tidak sampai 4 minggu ia mengutip RM2 juta.
Dalam isu humor, apakah kedudukan humor dalam sastera Islami. Nampaknya surah Yusuf tidak mengandungi unsur humor. Ini menunjukkan humor dalam sastera tidak menghasilkan kesan keindahan.
Adakah saudara merancang hendak menulis buku komik humor ataupun buku cerita humor?
Dalam isu humor, apakah kedudukan humor dalam sastera Islami. Nampaknya surah Yusuf tidak mengandungi unsur humor. Ini menunjukkan humor dalam sastera tidak menghasilkan kesan keindahan.
Adakah saudara merancang hendak menulis buku komik humor ataupun buku cerita humor?
Berikut adalah hasil kajian pakar psikologi berkenaan siapa suka membaca, mendengar ataupun menonton bahan-bahan yang mengandungi humor:
1. Orang muda lelaki suka mendengar, membaca dan menonton cerita-cerita humor.
2. Orang tua lelaki tidak suka.
3. Perempuan muda dan tua tidak suka. Perempuan suka cerita-cerita sedih.
4. Lelaki profesional hanya suka humor yang disampaikan oleh orang yang datang daripada golongan mereka sendiri.
Humor juga tidak efektif bagi tujuan menyampaikan mesej dan kritikan. Walaupun pembaca mungkin suka membaca buku ataupun filem humor itu tetapi mereka tidak terpengaruh dengan mesej yang cuba disampaikan.
Apabila saudara menggunakan humor bagi menyampaikan mesej, yang sampai adalah humornya, manakala mesejnya tidak sampai.
Sejarah para pendakwah yang berjaya mengislamkan jutaan manusia di Nusantara, benua India, Turki, Iran, Cina dan lain-lain, menunjukkan mereka tidak menggunakan kitab-kitab humor. Begitu juga dengan pelbagai revolusi politik dan sosial yang berjaya digerakkan dengan tidak menggunakan karya-karya humor.
Buku-buku cerita evergreen yang ada bukan buku-buku humor. Jika saudara hendak mencipta karya evergreen, buku humor bukan pilihan yang baik.
1. Apa yang dianggap lucu pada suatu masa mungkin tidak dianggap lucu bagi masa yang lain. Ini menyebabkan hayat buku-buku humor singkat.
2. Audiens humor adalah terbatas. Apa yang lucu bagi sesuatu kelompok mungkin tidak lucu bagi kelompok lain. Ini menyebabkan buku-buku humor tidak dapat diekspot ke dalam budaya-budaya lain.
3. Walaupun saudara pengarang buku kreatif, di mata masyarakat, imej saudara sebagai pengarang juga tidak setinggi pengarang kategori sastera dan buku-buku ilmu. Imej pengarang cerita-cerita humor lebih kurang satu kategori dengan pengarang cerita-cerita hantu dan misteri.
Justeru, sebagai harta intelektual, buku-buku humor bukan pelaburan yang baik.
5 Komen :
tapi kenapa humor p.ramlee bertahan lama? yang meminatinya semua lapisan masyarakat.
Sdr El-maaniq,
Filem humor dan buku mempunyai perbezaan. Apa yang dapat dilakonkan tidak semestinya dapat dituliskan, dan begitu juga sebaliknya.
Filem P. Ramlee bukan filem humor 100%. Humor diselitkan sahaja. Humor menjadi cara P. Ramlee melembutkan kritikan kerasnya terhadap nilai-nilai masyarakat. Dengan itu humor P. Ramlee tidak bertujuan menyebabkan penonton gelak terbahak-bahak. Ini yang membolehkan filem-filem P.Ramlee diminati oleh perempuan dan orang tua. (Bandingkan ini dengan senario yang hanya ditonton oleh remaja, walaupun katanya senario mengandungi kritikan sosial juga.) Humor P.Ramlee mirip cerita-cerita humor dalam tales of the dervishes yang evergreen itu.
Untuk buku, gunakan pendekatan P.Ramlee. Selit-selitkan humor.
buku komik LAT macam ada unsur humor kan? tapi mungkin ianya berjaya dipasarkan di arena antarabangsa kerana ianya memberi gambaran budaya hidup rakyat malaysia. -sekadar pandangan-
adoiii.. terpukul.. hehehe..
haha..bg saya, komik dato' lat adlah karya.sebab komik yang dibuatnya kadang2 berbentuk nostalgia lama, lawak politik, keharmonian kaum.dia berjaya membawa mesej dia, agar menghargai kepelbagaian ragam manusia dengan cara santai, tanpa menyakitkan hati (mungkin) lapisan yang menjad bahan karya nya.hoho.
Post a Comment
<< Home