Pekomik Bangkitlah!
Dari segi penguasaan teknologi, para pekomik adalah golongan seniman yang paling cepat menyesuaikan diri mereka dengan teknologi sofwer komputer yang berkaitan dengan kerja lukis-melukis.
Dari sisi lain, para pekomik di negara kita ini adalah antara golongan seniman yang paling tidak ambil pusing tentang harta intelektual mereka. Mereka juga tidak mempunyai persatuan rasmi yang dapat menjadi jurucakap bagi membangunkan karya komik sebagai harta intelektual dan memperjuangkan kebajikan dan kepentingan para pekomik. Itulah sebabnya penerbit-penerbit komik kaya-raya manakala pekomik tidak.
Ada pekomik yang berusaha mengatasi masalah dengan terjun ke dalam dunia bisnes dengan menjadi penerbit komik. Macam biasalah, apabila seniman menjadi bisnesman, jarang sekali yang berjaya. Tentang sejarah perkembangan dunia komik tanah air, maklumat lanjut dapat dibaca dalam blog Sdr. Kalamtimur.
Barangkali antara segelintir seniman yang berjaya menjadi bisnesman dunia penerbitan adalah Yusof Haslam dan Sdr. Jaafar Taib. Yusof Haslam menjadi penerbit filem dan drama TV manakala Jaafar Taib menjadi penerbit buku sastera dan majalah komik. Yusof Haslam adalah pelakon manakala Jaafar Taib pelukis, bukan pekomik. Kedua-duanya sudah menjadi jutawan.
Di satu pihak lain, ada seorang seniman lukis-melukis yang sudah menjadi jutawan. Beliau adalah Lat, tetapi beliau juga bukan pekomik, tetapi pekartun.
Mana dia pekomik yang menjadi jutawan? Para pekomik kita berjaya menjadikan orang-orang lain (baca penerbit) jutawan, itulah kejayaan para pekomik kita.
Para pekomik tanah air, bangkitlah!

0 Komen :
Post a Comment
<< Home