Buku-buku Idaman Penerbit
Setiap tahun penerbit buku melakukan 2 jenis penerbitan. Pertama, penerbitan judul-judul baru. Kedua, penerbitan semula judul-judul 'backlist', yakni judul-judul yang sudah pernah diterbitkan.
Judul-judul backlist adalah aset yang sangat berharga bagi penerbit. Apabila seseorang itu hendak membeli sesebuah syarikat penerbitan yang sudah sedia beroperasi, antara perkara yang mula-mula diperiksa adalah berapa jumlah judul backlist yang dimiliki oleh syarikat itu. Daripada senarai backlist itu, berapa pula judul-judul yang dapat diterbitkan semula.
Judul-judul backlist dapat diterbitkan semula dengan beberapa cara:
1. Sebagai buku ulangcetak 100%. Buku itu dicetak semula tanpa sebarang perubahan pada isi, layout ataupun design kulit. Penerbitan secara ulangcetak adalah yang paling menguntungkan, baik kepada penerbit apalagi kepada penulis. Kos menerbitkan ulangcetak adalah paling rendah sebab penerbit tidak menanggung sebarang kos editorial mahupun kos-kos pracetak.
Kos buku ulangcetak hanya 2 jenis, iaitu kos mencetak dan royalti penulis. Dengan menjualnya pada harga yang sama, margin keuntungan buku ulangcetak adalah sekitar 5 – 7%.
Apabila sesuatu judul itu pertama kali diterbitkan, ia membawa risiko kerugian kepada penerbit, manakala margin keuntungannya pula amat nipis, antara 2 – 3% sahaja. Itulah sebabnya editor perolehan di syarikat penerbitan akan membuat ramalan buku-buku yang mempunyai harapan diulangcetak dan akan merancang perolehan manuskrip buku-buku jenis ini.
2. Ulangcetak dengan wajah baru. Ulangcetak jenis ini adalah ulangcetak yang paling banyak dilakukan oleh penerbit. Isi buku itu tidak berubah, oleh itu pengarang tidak terlibat. Hanya layout bahagian dalam buku dan design kulit yang diberi wajah baru. Ini bermakna buku itu tidak memakan kos perolehan dan kos editorial yang banyak. Kos baru yang ditanggung adalah kos ilustrasi baru, kos pracetak, kos cetak dan royalti.
Salah satu mentaliti pengurusan kedai-kedai buku adalah mereka mahukan design-design kulit baru setiap tahun. Mereka akan membuat order baru bagi buku yang sama apabila judul itu diulangcetak dengan wajah baru. Puncanya adalah, mentaliti pembeli buku, yang juga mahukan design-design baru setiap tahun!
Penerbit tidak berapa suka mengulangcetak buku yang sama dengan memberikan wajah baru kerana bukan hanya kos pengeluaran naik, tetapi lebih merugikan adalah apabila buku wajah baru keluar, para pekedai memulangkan semua stok buku wajah lama sebagai buku tak laku!
Namun citarasa pembeli berubah-ubah, dan penerbit perlu memenuhi kehendak citarasa pembeli buku. Pembeli adalah raja....
Termasuk dalam kategori ini adalah penerbitan semula dalam bentuk softcover dan paperback. Sesetengah judul diterbitkan kali pertama dalam bentuk mewah dan mahal, yang lazimnya diberi hardcover dan jaket. Hanya perpustakaan yang mampu membeli buku-buku edisi mewah. Buku itu kemudian dapat diterbitkan semula dengan menurunkan kos supaya dapat dijual untuk pembeli sasaran orang awam. Contoh yang baik adalah buku edisi mewah "Pengembaraan Ibnu Batutah" terbitan IKIM, yang kemudian diterbitkan semula dalam edisi softcover.
3. Penerbitan sebagai buku edisi baru. Menerbitkan buku-buku edisi baru adalah lebih menguntungkan daripada mengambil risiko menerbitkan judul baru. Selain daripada Quran dan buku-buku kreatif seperti novel dan puisi, selepas diulangcetak sekali ataupun dua kali, semua buku lain perlu dibuatkan edisi barunya supaya nyawa buku itu dapat dipanjangkan. Buku-buku edisi baru mengandungi maklumat-maklumat tambahan dan terkini.
Bagi menerbitkan semula buku-buku edisi baru, kos yang dapat dijimatkan adalah kos perolehan dan kos editing. Itulah sebabnya penerbit kecewa apabila penulis enggan melakukan sedikit pembaikan di sana sini pada buku-buku mereka yang sudah pernah terbit. Tanpa pembaikan, buku itu tidak sesuai diterbitkan semula, suatu hal yang merugikan penerbit dan pengarang.
Perpustakaan tidak akan membeli buku yang sama dua kali. Buku-buku ulang cetak tidak dibeli lagi oleh perpustakaan, walaupun sudah diberi wajah baru. Sebaliknya, perpustakaan terpaksa membeli buku-buku edisi baru. Penerbitan edisi baru adalah strategi yang digunakan oleh penerbit bagi menjual judul-judul yang sama berulang kali kepada perpustakaan!
Pengurusan syarikat penerbitan mesti mendapatkan formula yang betul antara nisbah jumlah penerbitan judul-judul baru dengan jumlah judul-judul ulangterbit.
Kalau penerbit terlalu banyak menerbitkan judul baru, cashflow syarikat akan tercekik kerana banyak modal operasi digunakan bagi membiayai kos perolehan, kos editorial dan kos pracetak judul-judul baru itu. Risiko kegagalan judul-judul baru juga naik. Margin keuntungan juga amat nipis. Keadaan ini amat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan syarikat gulung tikar.
Kalau syarikat terlalu bergantung kepada judul-judul ulangcetak, ini bermakna syarikat tidak membuat pelaburan baru bagi menerbitkan judul-judul baru yang mempunyai potensi dapat diulangcetak berkali-kali pada masa depan, dan dengan itu menambahkan aset backlistnya. Keadaan ini tidak sihat untuk kestabilan kewangan dan perkembangan bisnes syarikat.
9 Komen :
Assalamu'alaikum Pn Ainon,
Saya Izza, editor drp IKIM. Untuk pengetahuan puan, sehingga tahun ini pihak IKIM belum pernah menerbitkan buku Pengembaraan Ibn Battutah dlm edisi softcover. Apa yg pihak kami buat hanyalah mengulang cetak buku tersebut menggunakan kertas jenis bible yang membuatkan buku itu nipis sedikit berbanding edisi pertamanya yg tebal yg menggunakan kertas jenis simile. Sekiranya puan terjumpa edisi Ibn Battutah softcover, sila maklumkan kepada kami kerana kami pernah mendpt laporan bahawa buku ini telah dicetak rompak. Ini bkn kenyataan rasmi drp IKIM tetapi hanyalah ulasan drp kami di unit penerbitan utk makluman semua blogger.
Sdr Izzah,
Ya, saya pernah pegang edisi yang lebih nipis sekitar 1 tahun yang lalu. Tapi ini ingatan yang samar-samar, cuma yang saya ingat sangat kulitnya adalah softcover. Saya ingat sebab waktu memegang-megang buku itu saya terkenang (sedih jugalah) hasrat saya yang tak kesampaian, iaitu saya hendak melesen edisi softcovernya dari IKIM, toptop alahai dah terbit pula edisi softcover itu. Pasal tu saya ingat! Tapi kalau ada orang lain kata buku itu dicetak rompak, mungkin juga... nanti saya cuba siasat daripada network saya di kalangan pengedar2 buku.
Harapan saya buku terjemahan rakan saya, Syed Nurul Akla ini dapat diterbitkan dalam edisi softcover supaya harganya dapat dikurangkan.
Ramai yang tidak mampu membeli buku itu akhirnya membeli buku itu membeli buku Pengembaraan Ibn Battuta tulisan Ross E. Dunn yang juga popular di pasaran.
Saya belinya di
http://www.ujanailmu.com.my/pd_pengembaraan.cfm
Sdr Jiwarasa,
PTS memang mengidam sangat hendak mendapat lesen IKIM bagi edisi softcovernya. Tapi saya pernah tanya Syed Nurul Aqla apakah beliau menandatangani sebarang dokumen perjanjian penerbitan dengan IKIM. Kata beliau, "Tidak". Tanpa ada dokumen itu, macam mana PTS mahu melesen? Siapa sebenarnya yang memiliki hakcipta edisi terjemahan Melayu PIB itu? (Nak kena tanya Sdr Izzah nampaknya.) Kalau tidak ada dokumen perjanjian antara IKIM dan Syed Nurul Aqla, bermakna hakcipta terjemahan Melayunya masih dimliki oleh penterjemah. Kalau begini, saya mesti cari Syed Nurul Aqla! Sdr ada alamat emel beliau? Tolong beri saya.
Puan Ainon,
Untuk pengetahuan puan dan bloggers sekelian, hak cipta terjemahan buku Pengembaraan Ibn Battutah ialah hak milik IKIM. Sdr Syed Nurul Akla telah dibayar untuk menjalankan tugas-tugas penterjemahan karya tersebut. Dan untuk masa ini pihak IKIM masih belum mempunyai rancangan untuk menerbitkan buku tersebut dalam edisi softcover. (Ini bukan kenyataan rasmi IKIM tetapi hanyalah ulasan drp saya setelah berbincang dgn ketua unit penerbitan. sekiranya ada pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila ajukan kpd pihak kami.)
Sdr Izzah, ini berita yang amat menggembirakan saya! Hilanglah rasa sedih saya selama ni sebab tak sangka IKIM mungkin berminat melesenkan edisi softcovernya kepada pihak macam PTS.
Tentang hakcipta tu cikpuan, bayar tak bayar, kalau tidak ada dokumen, di bawah akta, hakciptanya tetap milik 'pengarang' asal, dalam kes ini Syed Nurul Akla, cikpuan. Bukti pemilikan hakcipta sudah berubah kepada pihak lain adalah dokumen perjanjian pindahmilik. Eloklah IKIM sediakan dokumen itu dan minta beliau datang dan menandatanganinya. Terlambat pun tak mengapa, no problem, masih boleh dibetulkan.
Kalau IKIM perlu maklumat tentang syarikat peguam yang pakar dalam bidang Harta Intelek ini, saya boleh berikan maklumat itu. Mereka adalah pakar rujuk dan penasihat undang-undan PTS juga.
Pn. Ainon,
Terima kasih atas pandangan puan mengenai isu hak cipta ini. Saya akan usulkan perkara ini kpd ketua unit untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan tertinggi.
saya telah berbincang dgn ketua unit sebentar tadi dan dia minta saya sampaikan perkara ini:
Utk pengetahuan semua, pihak IKIM telah mendapatkan hak cipta dan kebenaran secara bertulis drp penerbit asalnya di luar negara untuk terjemahan buku Pengembaraan Ibn Battutah (karya asal dlm bahasa Arab). kemudian pihak IKIM telah mengambil inisiatif menerusi pegawai IKIM dan KP (pd masa itu) sendiri utk menterjemah karya ini. disebabkan kekurangan tenaga kerja dan masa, pihak IKIM telah mengupah Syed Nurul Akla dan Adi Setia untuk membantu kerja-kerja terjemahan.sekiranya masih ada pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah diusulkan kepada Ketua Unit Penerbitan IKIM di talian 62046200. (ini bkn kenyataan rasmi tetapi hanya ulasan utk forum ini)
Sdr Izzah,
Bagus ada maklumat itu. Adakah IKIM mengeluarkan surat perlantikan rasmi kepada Syed Nurul Aqla dan Sdr Adi Setia, kalau ada ok. Kalau tidak, elok dibetulkan kedudukan dokumen2 legal itu, sebab ia melibatkan pemilikan harta yang amat berharga. PIB itu amat berharga, puan. Rujuk kes Syed Alwi lawan DBP, kes ini amat relevan kepada pihak penerbit macam PTS dan IKIM.
Post a Comment
<< Home