Thursday, January 19, 2006

Peringatan Ke-2: Bengkel Storyboard 28 Januari 2006

Peringatan! Peringatan!

Saudara-saudara yang mempunyai projek novel dengan PTS FORTUNA dan PTS ONE patut hadir bengkel ini supaya saudara faham bagaimana novel saudara akan di-storyboard-kan.

Apabila saudara faham, lain kali saudara dapat menuliskan novel saudara dengan mengambil kira proses penerbitan edisi komik bagi novel-novel saudara.

Kerabat ilustrator PTS akan turut hadir pada bengkel itu. Peluang yang baik bagi menjalin semangat kerja berpasukan antara novelis, penulis storyboard dan pekomik.

Pengerusi Kumpulan Syarikat-syarikat PTS (siapa?) akan menyampaikan ucap-utama. Ada perkara penting berkenaan perkongsian harta intelek akan disebut dalam ucapannya nanti.