Sunday, January 15, 2006

Iklan: Bengkel Menulis Novel


Perhatian! Perhatian!


AKADEMI PENERBITAN PTS akan mengadakan bengkel menulis karya kreatif Islami menggunakan prinsip-prinsip dan teknik dalam surah Yusuf.


Saudara yang perlu hadir dalam bengkel ini adalah:

  1. Saudara-saudara yang berminat menulis buku-buku cerita rakyat, cerita-cerita agama, cerita-cerita “certot” motivasi, cerita-cerita sirah, fiksyen sejarah, cerita kanak-kanak, fiksyen sains, novel remaja, novel air mata, dan novel cinta.

  2. Saudara-saudara yang menulis skrip storyboard untuk komik, animasi dan filem-filem Islami.

  3. Saudara-saudara yang melukis komik.


Saudara-saudara yang sudah ikut serta dalam bengkel teknik KJ masih perlu hadir dalam bengkel surah Yusuf. Dengan menggunakan kombinasi teknik KJ dan teknik surah Yusuf saudara dapat menghasilkan lebih banyak karya dan karya-karya saudara itu lebih evergreen!


Tarikh akan diberitahu kemudian.





9 Komen :

At 4:30 PM, Blogger abdullahjones Berkata ...

puan selalu mencairkan liur saya dengan berbagai kursus. nanti jika saya di malaya, akan saya sertai.

 
At 9:03 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Jones, sebenarnya sdr ni di mana sekarang? Bila nak balik Malaysia?

 
At 3:06 PM, Blogger abdullahjones Berkata ...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 5:29 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr sedang buat PhD di UK? Tolong buat cerita-cerita kontot tentang pengalaman orang Melayu duduk di UK. Jangan panjang-panjang. Buat stail chicken-soup. Saya akan terbitkan.

 
At 7:53 AM, Blogger abdullahjones Berkata ...

:)

 
At 11:17 AM, Blogger Nabil Berkata ...

Puan,
Saya juga minat menulis..tapi saya menulis buat masa ni suka-suka saja. Puan rasa saya ada peluang tak untuk berjaya dalam bidang ni?

Saya ada menulis karya percubaan saya di blog saya di http://www.chrisalyst.blogspotcom. Bolehkah Pn tlg komen kalau Puan berkesempatan membacanya.

 
At 12:00 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Chrisalyst,

Nanti saya tengok blog saudara dulu baru saya komen. Sila datang bengkel surah Yusuf pada 4 Feb 2006.

 
At 12:46 PM, Blogger Nabil Berkata ...

Terima kasih..saya juga mempunya blog di http://www.eyesofnabil.blogspot.com

:Chrisalyst:

 
At 9:46 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Eyesofnabil,

Ya, saya sudah jenguk blog sdr. Tulislah dalam bahasa Melayu, kesian... peminat2 buku Melayu tidak cukup bahan bacaan. Apa buku-buku bagus yang ada di kedai dibelinya! Mereka sekarang kuat membaca, buku-buku popular PTS asyik out-of-print sahaja. Begitu juga buku-buku Alaf21 dan al-Ameen.

 

Post a Comment

<< Home