Friday, January 13, 2006

Tanda Bacaan untuk Dialog

Salah satu kesilapan yang banyak dilakukan oleh penulis cerita-cerita kreatif adalah tanda bacaan. Berikut adalah teknik yang betul:


1. Koma, noktah, tanda seru, atau tanda baca berada dalam kurungan tanda petikan ("), bukan di luarnya.

Contoh betul:

"Seperti ini," kata Mamat.

Contoh salah:

"Bukan seperti ini.", kata Timah sambil menggaru-garu kepalanya.


2. Apabila dialog itu tamat sebagai dialog, gunakan noktah, bukan koma.

Contoh betul:

Ini wang siapa?” Mamat bertanya kepada Timah.

Saya tidak tahu.” Timah menjawab dengan muka selamba.

Contoh salah:

Kamu tentu tahu ini wang siapa,”

Saya tidak tahu,



3. Apabila dialog itu disambung dengan bahagian ayat, gunakan koma.

Contoh betul:

Saya tidak tahu,” kata Timah.
Jangan kamu berdusta,” kata Mamat.


4. Jika sudah ada noktah, koma, tanda seru, atau tanda baca dalam tanda petikan, jangan diberi tanda koma lagi.

Contoh betul:

"Seperti ini?" tanya Mamat.

Contoh salah:

"Seperti ini?," tanya Mamat.
"Yang betul, yang ini!", kata Timah.


5. Penulisan dialog terpisah yang kedua-duanya menggunakan tanda koma hanya boleh jika dialog itu adalah ayat tunggal.

Contoh betul:

"Siapa," Mamat menoleh, "itu?"

Betul kerana "Siapa itu?" adalah satu ayat. Dengan sendirinya, "itu" ditulis dengan huruf kecil, kerana ia adalah sebahagian daripada ayat tunggal.

Contoh betul:

Kalau kuturutkan kata hatiku,” kata Timah, “aku cincang dia sampai lumat.”

Betul kerana “Kalau kuturutkan kata hatiku, aku cincang dia sampai lumat.” adalah satu ayat. Dengan sendirinya, "aku cincang dia sampai lumat." ditulis dengan huruf kecil, kerana ia adalah sebahagian daripada ayat “Kalau kuturutkan kata hatiku, aku cincang dia sampai lumat.”

Contoh salah:

"Siapa," kata Mamat, "bukan aku!"

Salah kerana ayat asalnya adalah "Siapa? Bukan aku!"



6. Untuk penggunaan tanda petikan yang tidak ada kaitan dengan dialog, tanda baca diletakkan selepas tanda petikan.

Contoh betul:

Di halaman depan tertera judul 'Makalah Tanpa Judul'.



7. Tidak boleh ada 2 orang watak bercakap pada paragraf yang sama. Jika A sudah selesai bercakap dan diganti dengan B, mesti menggunakan alinea baru.

Ini adalah peraturan yang menjelaskan siapa yang bercakap. Jadi dalam beberapa kes, walaupun penulis tidak memberikan deskripsi siapa bercakap, perkara itu sudah jelas.

Contoh betul:

Timah melemparkan fail mesyuarat kepada Mamat.
"Kenapa!" bentak Mamat.
"Tidak ada apa. Itu bukan fail aku," jawab Timah.
"Tak bolehkah sopan sedikit?" kata Mamat.
Timah terdiam. "Maaf, tidak sengaja," ujarnya.



3 Komen :

At 7:22 AM, Blogger abdullahjones Berkata ...

oooooooooooo...

 
At 8:29 PM, Blogger Unknown Berkata ...

very helpful. thank you.

 
At 10:15 AM, Blogger norainiismail1961 Berkata ...

Terima kasih puan atas perkongsian ilmu.

 

Post a Comment

<< Home