Thursday, January 05, 2006

Iklan: Peluang Kartunis dan Pekomik Menjadi Novelis

Kejayaan Sdr Alif Firdaus Azis menghasilkan 2 buah nomik “Untuk Syampoo” dan “Bergaduh dan Menari” dalam tempoh sebulan satu, adalah bukti bahawa dengan sedikit latihan teknik penulisan kreatif, para kartunis dan pelukis komik dapat menjadi pengarang novel. Nomik ketiga beliau sedang dalam proses penerbitan!


AKADEMI PENERBITAN PTS akan mengadakan bengkel khas bagi melatih golongan kartunis dan pelukis komik bagaimana cara menggunakan teknik-teknik penulisan yang mudah dan betul bagi menghasilkan novel demi novel. Tarikh akan diberitahu kemudian. Bengkel ini gratis.


Para kartunis dan pekomik mempunyai kelebihan istimewa yang jarang ada pada pengarang biasa, iaitu mereka pandai memandang dunia dengan cara-cara yang 'terbalik-terbalik'. Benda-benda biasa menjadi luar biasa apabila ia sudah diberi makna-makna baru dari sudut pandang mata kartunis dan pekomik.


Wahai kartunis-kartunis dan pelukis komik Malaysia, kami di PTS ONE dan PTS FORTUNA mahu berjumpa saudara-saudara!


MAJULAH KARTUN DAN KOMIK UNTUK NEGARA.



11 Komen :

At 7:39 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Untuk makluman saudara-saudara:

PTS ONE menerbitkan nomik-nomik bagi bacaan remaja awal, yakni antara 9 tahun (baru saja akil baligh) hingga 13 tahun.

PTS FORTUNA menerbitkan karya-karya kreatif untuk bacaan dewasa (16 tahun sudah boleh ikut Nabi berperang!)

 
At 8:12 PM, Blogger Kalamtimur Berkata ...

Alangkah baiknya ramai yang ikut jejak Alifstyle.

 
At 8:48 AM, Blogger abdullahjones Berkata ...

saya boleh?

 
At 2:27 PM, Blogger Izam Berkata ...

Saya nak cuba, boleh?... saya tak pandai menulis, tapi boleh melukis.

 
At 2:35 PM, Blogger sinaganaga Berkata ...

Kakak,
Saya akan menyertai PTS nanti. Percayalah!!!

Jones,
Aku harap, children's picture book kau dan aku diterbitkan oleh PTS nanti.

 
At 2:36 PM, Blogger sinaganaga Berkata ...

Jones,
Pulanglah! Pulanglah ke Semenanjung Tanah Melayu ini!!!!

 
At 6:10 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Jones, Kamaro, Izam dan Naga, saudara semua dipaksa masuk jemaah PTS bagi meningkatkan maqam sdr2 sebagai karyawan. Apa susah, teknik menulis nanti saya terangkan. Kreativiti, semua sdr sudah ada. Berfikir terbalik-terbalik sdr2 memang terer. Tinggal belajar teknik mengarang ayat-ayat cerita sahaja. Senang bah!

 
At 10:25 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Naga,

Sdr Jones ni tinggal di mana sekarang? Di Sabahkah?

 
At 10:52 PM, Blogger abdullahjones Berkata ...

:)

 
At 11:00 PM, Blogger Panaharjuna Berkata ...

Saudara Izam tu saya kenal, dia satu daerah dengan Kangaq puan .Orang utara.Lukisannya pun cantik .Eceh macam ada apa-apa ye tak, err saudara izam dah letak ke link saudara tu ?

 
At 8:37 AM, Blogger Izam Berkata ...

link apa tu panah?.

 

Post a Comment

<< Home