Hukum Menulis Novel sebagai Cara Berdakwah
Quran bukan sebuah novel. Nabi Muhammad tidak menyuruh sesiapa menulis novel. Sahabat-sahabat beliau tidak menulis novel.
Jadi, apakah aktiviti menulis novel itu dapat diterima sebagai salah satu cara kerja berdakwah?
Pada saat ini ada 2 kubu pendapat di kalangan ahli-ahli agama. Satu kubu berpendapat menulis novel itu harus, dibolehkan sebagai alat menyampaikan mesej Islam.
Satu kubu lagi berpendapat tidak boleh, bukan hanya menulis novel, malah menulis apa juga bentuk sastera, adalah tidak boleh.
Bagi mengikuti perang antara dua kubu ini, cuba saudara search 'sastera Islam' dalam blog.
Setakat saat ini, kita berpendapat seperti kubu pertama.
Inilah pendapat kita: Esensi novel adalah cerita. Apakah prinsip menggunakan cerita sebagai alat menyampaikan mesej Islam itu ada dalam Quran dan sunah?
Dalam Quran terdapat banyak sekali cerita, malah sebahagian besar kandungan Quran itu adalah cerita. Jelaslah dalam Quran mesej Islam juga disampaikan via cerita-cerita.
Dalam hadis terdapat banyak sekali cerita. Jelaslah Nabi Muhammad juga menyampaikan mesej Islam via cerita-cerita.
Jadi, menggunakan cerita bagi menyampaikan mesej Islam adalah sunah Quran dan sunah Nabi Muhammad. Inilah pendapat kita.
Kita perlu membangunkan teori dan teknik-teknik penulisan novel Islami, dan ini yang sedang kita usahakan. Asas teori dan teknik-teknik itu mesti bersumber daripada Quran dan hadis.
Salah satu isu dalam teori novel Islami adalah: Apakah menulis cerita fiksyen dapat diterima oleh sastera Islami.
Jikalau kita menulis novel fiksyen bagi menyampaikan mesej Islam, dari manakah disedut sumber hukum yang membolehkannya?
Quran bukan fiksyen. Hadis bukan ayat-ayat fiksyen.
Meskipun isi kandungan Quran bukan fiksyen, tetapi dalam Quran terdapat ayat-ayat yang mengandungi cerita-cerita anologi, seperti ayat cerita anologi yang bermaksud, orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya adalah umpama keldai yang membawa kitab. Watak “keldai yang membawa kitab” adalah anologi kepada realiti. Ayat-ayat anologi banyak sekali dalam Quran.
Kita berpendapat, menuliskan cerita fiksyen yang berfungsi sebagai anologi kepada realiti, boleh diterima sebagai alat menyampaikan mesej Islam.
Akhirul-kalam, dalam isu sastera Islami, Allah-lah yang lebih mengetahui.
9 Komen :
Saya cukup risau bila umat Islam yang kuat kesedaran Islamnya cuba untuk `mengIslamkan' semua perkara.
Kalau boleh semua benda perlu diletakkan label Islam untuk menjadikannya `halal'.
Bukan apa, takut kira tak mampu untuk membawa nama Islam tersebut. Menukar nama tidak susah, tapi membawa citra Islam itu yang susah.
Dah berpuluh tahun kita berpolemik tentang sastera Islam, sejauh mana kita sudah berjaya membawa citra Islam dalm masyarakat?
Label penting, metodologi juga penting tapi yang lebih utama, sejauh mana tulisan kita boleh membawa kesedaran, membawa kebaikan, meninggalkan kemunkaran dan meningkatkan ketaqwaan.
wallahu a'lam.
Ya! Ya! Betul itu.
Saya terbaca sebuah artikel oleh seorang ahli agama yang mengatakan menghasilkan karya sastera itu suatu bid'ah.
Kerja melabel-label itu kerja paling mudah. Berfikir untuk tujuan melabel-label pun kerja mudah.
Antara kerja yang susah itu berkarya...
Majulah sastera untuk Islam.
Sdr Jiwarasa,
Bagi mengatasi kondisi banyaknya orang yang alergi dengan label 'Islam' barangkali kita terus sahaja gunakan label 'Sastera Halal' ataupun 'Sastera Haram'. Dua label ini mudah difahami. Dan memang betul ada sastera yang halal dibaca dan ada yang haram dibaca. Bukan begitu?
mengislamkan orang asli mudah. mengekalkan orang asli dalam amalan Islam tidak senang. benar sungguh kata jiwarasa. :)
Sdr Abdullah Jones,
Saudara ada banyak pengalaman mengislamkan orang aslikah? Saya sudah 6 tahun berdakwah kepada masyarakat orang asli sekitar kaki gunung Genting Highlands. Aduh! Susahnya. Sampai ditarik ke mahkamah tinggi KL. Selesa depan sesi perbicaraan saya bermula! Tolong doakan saya sabar dan redha dengan ujian ini.
:)
(Senyum saya boleh diterjemah dalam apa sahaja makna yang doanya akan melapangkan hati semua)
Sdr Cill, (ni siapa pulak nih? lelaki ataupun perempuan sdr nih?) Terima kasih atas lawatan dan doa.
Menulislah untuk kami terbitkan!
saya mendoakan puan mencapai apa yang puan hajati melalui perbicaraan itu.
doa saya juga bersama puan dalam usaha puan dengan masyarakat orang asli.
jika puan benar-benar bersungguh dengan kerja tersebut, kekallah didalamnya kerana ini bukan kerja mudah.
sekali lagi, doa saya bersama puan.
Saya turunkan emel daripada Puan Nabilah Hassan, pensyarah Quran dan Hadis di sebuah IPTA.
Assalamualaikum.
Puan, saya tidak pernah mengkaji secara mendalam teori-teori penulisan. Namun begitu, saya mengikuti bidang penulisan kreatif atas dasar minat, dan pernah juga berkuliah dengn Dr. Mohd Saleh Rahamad di UM dulu sebagai subjek elektif, subjek luar pengajian Quran dan Hadis. Sekarang berkuliah dengan puan pula, bolehkah?) Saya dapat menerima jenis-jenis penulisan kreatif, asalkan mengikut prinsip-prinsip dalam agama Islam. Antaranya telah puan sentuh dalam artikel-artikel puan.
Seperti yang kita maklumi, Harun Yahya juga menggunakan analogi dalam
pendekatan beliau kepada kanak-kanak. Watak-watak binatang ditampilkan dapat bercakap-cakap seperti manusia. Ada siri kartun dari Turki yang mengisahkan debat antara kontraktor yang menjadi ahli syurga dan kontraktor yang menjadi ahli neraka. Dan saya fikir elok juga kita ketengahkan pokok dapat bercakap dan pokok 'gharqad' orang Yahudi yang diam itu ke dalam karya kreatif.
Kesan yang dibimbangi akan timbul ialah kesan akidah pegangan apabila
masyarakat dihidangkan dengan perkara-perkara yang aneh-aneh, yang
sama sekali tidak disebut dalam Quran dan Hadis. Hari ini masih ada
orang terpelajar yang percaya neneknya melahirkan seekor buaya putih, yang akhirnya dilepaskan ke dalam laut! Tetapi sangat susah hendak menanam keyakinan bahawa orang yang memakmurkan masjid itu disayangi Tuhan...
Post a Comment
<< Home