Monday, January 02, 2006

Dicari: Pelukis Komik

Adakah saudara pelukis komik?

PTS FORTUNA mencari pelukis komik bagi menerbitkan edisi komik tiga buah novel pahlawan Islam iaitu Tariq bin Ziyad, Khalid al Walid dan Salahuddin Ayubi.

Komik-komik itu disasarkan kepada remaja lelaki. Sesuai dengan citasa remaja lelaki, komik-komik itu nanti banyak menampilkan babak-babak perang.


Storyboardnya sedang mula disediakan.


Saudara perlu melukis wajah-wajah orang Arab, Iran, Sepanyol, Kristian Rumawi, aksi perang berkuda dan latar belakang pandangan alam Sepanyol, Iraq, Iran dan Jerusalem.


Projek ini memberi peluang nama saudara dicetak pada kulit buku. Saudara akan berkongsi hakcipta dan royalti dengan penulis karya asal dan penulis storyboard.






15 Komen :

At 4:45 PM, Blogger Kalamtimur Berkata ...

Asslamualaikum wbt, Pn Ainon. Izinkan saya meletakkan iklan ini di blog saya.

 
At 7:27 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Perkasa Alam,

Terima kasih atas kerjasama saudara. PTS FORTUNA ada projek2 komik lain. Kita juga mencari pelukis yang mahir melukis imej2 yang digemari remaja perempuan!

 
At 12:49 AM, Blogger Tarbus Merah Berkata ...

Puan Ainon, di Mesir, sahabat -sahabat saya ada juga yang berbakat di dalam bidang kartunis ini.

 
At 8:09 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Typeace,

Macam mana ya kita dapat manfaatkan bakat rakan-rakan sdr di Mesir tu?

Storyboard mungkin dapat ditulis di sana juga kot? Jadi saya hantar cerita asalnya kpd mereka. Barangkali dapat dibuat begitu?

 
At 8:11 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Kamaro,

Minta alamat emel sdr. Sdr ini di Mesir jugakah?

 
At 8:24 PM, Blogger sinaganaga Berkata ...

Kakak,
Saya tak pandai lukis orang Arab. Saya hanya pandai lukis itik. Boleh?

La la la la...

 
At 9:17 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Sinaganaga,

Lukis itik? La... cerita itiknya belum ditulis lagi, macam mana nak lukis komik itik tu....

Uish! Macam ini punya pelukis pun ada jugak....

 
At 3:49 AM, Blogger Tarbus Merah Berkata ...

Puan Ainon, saya syafiq dari Mesir. Saya rasa teksnya perlu dihantar kepada saya sebelum lukisan dibuat.
Satu cadangan yang baik. Saya lebih kreatif di dalam bidang penulisan. Sahabat saya boleh membantu. Kami dalam satu pasukan.
Ada peluang, emel saya.

Emel saya : nur_azhari@yahoo.com

terima kasih.

 
At 2:01 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Typeace,

1. Adakah sesiapa di kalangan sahabat sdr yang pernah menulis storyboard untuk siri komik? Storyboard perlu disiapkan dulu, nanti apabila kita sudah setuju dengan storyboard itu, baru storyboard itu diserahkan kepada pelukis komik yang akan menjalankan kerja-kerja melukis komik itu.

2. Minta alamat blog sahabat sdr yang pandai melukis komik itu, supaya saya dapat tengok stroke lukisannya. Kalau strokenya sesuai bagi citarasa pembaca perempuan, saya akan kirim cerita yang sesuai.

3. Minta alamat blog sdr, supaya saya dapat baca karya-karya sdr.

4. PTS FORTUNA banyak memerlukan ilustrasi, jadi kita memang mencari stoke-stroke yang pelbagai jenis.

Kalau belum buka blog, cepat buka blog! Banyak manfaatnya.

 
At 4:29 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Kamaro,

Ish! Ish! Kat KL aje....

Jangan tak datang kursus teknik KJ METHOD!

Blog sdr alamatnya apa?

 
At 10:25 PM, Blogger Kalamtimur Berkata ...

Sdr Maro ni pelukis kartun kat Utusan Malaysia dan majalah Kawan ker? Nama serupa jer?

 
At 5:19 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Maro,
Saya cuba buka blog sdr dengan klik nama sdr, habuk tak keluar!

 
At 12:57 AM, Blogger Tarbus Merah Berkata ...

1. Puan Ainon, saya tidak pasti tentang storyboard yang puan maksudkan. Tapi saya akan cuba..

2. Saya sudah ada laman blog...
http://typeace.blogspot.com

3. Saya masih dialam didikan yang memerlukan bimbingan. Moga hasrat saya tercapai.

4. Puan Ainon, bagaimanakah saya boleh mendapatkan istilah - istilah baru di dalam kamus dbp

Sekian

 
At 7:04 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Typeace,

Istilah bidang apa tu? DBP banyak jual buku senarai istilah di kedai buku DBP. Mungkin keluarga sdr di sini dapat belikan dan pos kpd sdr.

Kalau setakat satu ataupun dua istilah, tanya saya dlm chatbox blog ini, nanti saya tolong dapatkan istilahnya untuk sdr. Kerja senang tu.... pahala pun saya dapat.

 
At 1:56 PM, Blogger Unknown Berkata ...

I am interested to Join it

 

Post a Comment

<< Home