Friday, January 13, 2006

Confirm: Perjumpaan Penulis Storyboard 28 Januari 2006

Kepada saudara-saudara yang berminat belajar prinsip-prinsip dan teknik-teknik menulis storyboard, maklumat lanjut adalah seperti di bawah:

Tajuk bengkel: Teknik Menulis Storyboard

Jenis storyboard: Adaptasi daripada Novel ke Komik

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, KL.

Waktu: 10 pagi – 5 petang

Penyelaras dan Pembimbing: Sdr. Almaaniq 013 3626390

Ucapan aluan oleh Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS (siapa lagi, jiakalau bukan.... sendiri!)

Saudara mungkin tidak tahu saudara mempunyai bakat menulis storyboard. Datanglah sahaja dan berkenalan dengan bidang baru ini.


Siapakah yang menggunakan khidmat penulis storyboard?

  1. Penerbit computer games

  2. Penerbit siri animasi

  3. Penerbit filem

  4. Penerbit drama tv

  5. Penerbit filem iklan

  6. Penerbit buku-buku cerita komik dan grafik


Nah! Sekarang saudara boleh nampak peluang-peluang kerjaya apabila saudara mempunyai bakat menulis storyboard.





3 Komen :

At 3:07 PM, Blogger sinaganaga Berkata ...

OK. Saya MUNGKIN akan bawa 3 ilustrator dan 1 penulis/pelukis storyboard. Saya kata MUNGKIN!

 
At 3:38 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Naga, bawa satu lori ilustrator lagi saya suka. Saya sedang cara ilustrator utk buku-buku bisnes nih!

 
At 7:59 PM, Blogger sinaganaga Berkata ...

Hari SABTU adalah hari untuk ilustrator & pereka bentuk bangun lewat. Ha ha.

Jam berapa mau jumpa? Berapa lama mau jumpa??

Puan? Puan?? Allo puan???? Puan?

 

Post a Comment

<< Home