Saturday, January 21, 2006

Notis: PTS Pindah Pejabat

Harap Maklum!

Disebabkan faktor pertambahan jumlah staf dan inventori yang semakin membesar, mulai 1 Februari 2006, seluruh operasi PTS yang berpusat di Pesona Height, Bukit Tinggi, akan berpindah ke 2 alamat berasingan di Kuala Lumpur.

Semua pegawai Jabatan Editorial dan Jabatan Grafik akan berpejabat di Wangsa Melawati.

Depot PTS akan berpindah ke sebuah bangunan kilang di Zon Industri Batu Caves. Turut berpindah ke alamat Depot PTS adalah Bahagian Pemasaran dan Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Setor dan Logistik, serta Bahagian Korporat.

Buat sementara waktu Pusat Latihan Akademi Penerbitan PTS akan terus menumpang di Sekolah al-Ikhlas, sehingga PTS selesai menguruskan pembelian bangunan pejabatnya sendiri.

Harap ambil perhatian jikalau berlaku sedikit gangguan dalam masa 2 atau 3 minggu akan datang. Maklumlah, pindah rumah baru, minta maaf banyak-banyak!

Syukur kepada Allah kerana saudara-saudara semua terus memberi kepercayaan kepada PTS sebagai penerbit karya-karya saudara. Kita akan terus membangun bersama-sama.





2 Komen :

At 10:35 AM, Blogger Unknown Berkata ...

Puan Ainon,

Tahniah! PTS sudah berkembang maju nampak gayanya..

 
At 11:42 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Jiwarasa,

Terima kasih, itu semua membuktikan budak2 muda di PTS itu memang kuat bekerja dan buku-buku yang ditulis oleh pengarang2 PTS digemari orang di pasaran. Syukur, siapa kata orang Melayu tak baca buku? Bukunya yang tak ada!

 

Post a Comment

<< Home