Friday, January 27, 2006

Mengubah Nasib Pekomik Tanah Air

Tulis Sdr. Abdullahjones dalam blognya:

“....Saya ada mendengar yang Saadon Ishak dan Tazidi Yusuf melukis di Colmar. Sebenarnya ia sedikit mendatangkan kesedihan kepada saya kerana dua nama besar ini akhirnya hanya menjadi pelukis jalanan. Jangan salah faham, saya tidak maksudkan yang pelukis jalanan sebagai kelas kedua. Cuma dalam kes Saadon dan Tazidi ianya menjadi satu cerita yang tidak sepatutnya berlaku. Kedua-duanya adalah nama besar satu ketika dulu dalam dunia humor Malaya.

Mungkin ada cerita lain yang berlaku sebalik kisah mereka, tetapi jika kita perhatikan secara luar, mereka adalah kisah malang kebanyakan pelukis di Malay(si)a. Kebanyakkannya hanya menjadi lembu tunai kepada tokeh-tokeh komik. Dipergunakan sepenuhnya ketika diperlukan.

Saya pernah melihat Ujang melukis muka orang di kompleks beli belah. Sepuluh ringgit sekeping rasanya. Saya malu melihat pelukis ternama seperti Ujang memgambil upah melukis muka orang.

Nan dan Kerengge sedikit beruntung kerana keduanya mempunyai kelulusan akademik. Yang lain hanya mengharapkan bakat dan ikhsan...." begitulah tulis Sdr. Abdullahjones.

Persepsi Sdr. Abdullahjones itu banyak betulnya.

Sebagai penerbit buku-buku bacaan umum, kita menggunakan banyak ilustrasi, dan ini bermakna kita banyak bergantung kepada para pekomik dan pekartun sebagai pembekal ilustrasi.

Sebagai orang industri, kita juga berminat melabur bagi membangunkan pasaran komik dan novel-novel grafik di negara ini dengan cara yang terancang, berdasarkan prinsip-prinsip perniagaan kita.

Para pekomik dan pekartun adalah kaum seniman. Jarang sekali ada kaum seniman yang pandai merancang bagaimana sepatutnya mereka mengeksploitasi keupayaan mencipta harta intelektual.

Sebagai penerbit, harta kita adalah para penulis yang meletakkan kepercayaan mereka kepada kita bagi menerbitkan karya-karya mereka. Kita berpegang pada prinsip: “Sesiapa yang menjadi rakan niaga kita mesti sama-sama buat duit dengan kita.”

Sudah sampai masanya kita penerbit dan kaum seniman duduk satu meja dan merancang produk-produk yang akan dihasilkan dan dipasarkan supaya kita membangun bersama-sama.





6 Komen :

At 6:40 PM, Blogger Adijin Berkata ...

Puan Ainon,

Saya tertarik dengan sikap keterbukaan PTS untuk mewarnai dunia komik tanahair. Saya amat berharap PTS boleh membawa nafas baru untuk komikus-komikus kita.

Berkenaan kartunis melukis karikatur; berdasarkan pengalaman saya yg tak seberapa, bisnes tu amat menguntungkan kalau kena dengan tempatnya.

 
At 7:05 PM, Blogger sinaganaga Berkata ...

Kak,
Saya berhalangan untuk bertemu kak pada esok hari. Kepala saya masih berlubang. Ha ha.

Apapun, saya krimkan beberapa orang ilustrator dan koordinator visual (storyboard) ke sana. Sila beri tunjuk ajar (ketika ini, saya sedang angguk2 kepala)!

Ada umur - kita berjumpa!

Soradewa matane bye bye!

 
At 8:31 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Aadi, PTS mengambil sikap terbuka, dengan itu kita mengajak para pekomik dan pekartun sama-sama bersikap terbuka. Ini penting sebab PTS ini ada mazhab rasminya, iaitu surah Yusuf. Hanya karya-karya yang menepati konsep seni mazhab ini yang dapat kita rancang bersama-sama.

 
At 7:58 PM, Blogger Izam Berkata ...

woooooo... kdg buatkan saya jadi takut nak jadi pelukis komik. Tapi peluang yg PTS buka ni dah kira bagus. Sblm ni, saya nak cuba pun tak berani, bila ada 'suara sumbang' dok cucuk kat belakang. "Hang tak yah la dok berangan nak cuba kat situ. Kroni SAHAJA!".

At least, saya dah nampak sasarn saya dah lepas ni. Cuma tak tau mcm mana nak mula.

 
At 11:46 AM, Blogger Perkasa Alam - Satu Kesinambungan Berkata ...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 11:32 PM, Blogger CEO Berkata ...

Saya tertarik terhadap sebuah buku berjudul KLIK UNTUK KAYA 8 Rahsia Jutawan Siber. Di dalamnya terkandung karikatur yang menghiburkan di samping dapat menarik minat pembaca agar terus membaca buku tersebut. Meskipun topik yang dibicarakan agak berat tetapi ia dirasakan ringan kerana bantuan karikatur.

Pelukis karikatur tersebut ialah Sdr. Nor Azlin Ngah yang khabarnya pernah terlibat dalam produksi Eurofine iaitu Bawang Putih Bawang Merah.

Buku tersebut diterbitkan oleh AL-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd dan boleh didapati di kedai-kedai buku MPH dengan harga RM29 sahaja.

 

Post a Comment

<< Home