Monday, January 30, 2006

Novel Cinta di atas Lantai

Jikalau saudara penerbit baru muncul, pernahkah saudara mengalami peristiwa seperti di bawah ini?

Saudara menerbitkan novel cinta saudara sendiri. Disebabkan nama saudara sudah terkenal dan saudara mempunyai banyak peminat, kedai-kedai buku meletakkan novel terbitan saudara di bahagian yang dekat dengan pintu masuk kedai. Memang di situlah tempat buku-buku laris diletakkan oleh pekedai bagi memancing pembeli dan peminat pengarang-pengarang terkenal.

Pada suatu masa saudara pergi melawat kedai-kedai buku bagi mengikuti perkembangan jualan novel cinta saudara itu. Saudara dapati novel saudara sudah habis, satu naskhah pun tidak ada lagi di rak tepat asalnya. Berita gembira! Tepat sebagaimana yang saudara yakini bahawa dengan menerbitkan sendiri novel cinta saudara, novel saudara laris di pasaran.

Selepas itu, macam biasa, sebagai penerbit saudara berjalan-jalan dalam kedai bagi mengikuti perkembangan novel-novel terbaru terbitan penerbit-penerbit lain, maklumlah mereka adalah pesaing saudara. Saudara mahu tahu siapa menerbitkan buku apa.

Tiba-tiba saudara ternampak di suatu sudut dalam kedai, ada buku-buku yang diletakkan di atas lantai. Dan saudara dapati novel-novel cinta saudara adalah antara buku-buku yang diletakkan di atas lantai itu!

Saudara tidak faham apa yang sedang berlaku....




3 Komen :

At 2:58 PM, Blogger Ariyatna Adri Berkata ...

sifu, apa maksud buku2 yg diletakkan di atas lantai itu? Sebab setiap perletakan buku dlm sebuah kedai membawa maksud kan.

 
At 5:52 PM, Blogger ok Berkata ...

Novel cinta sekarang ni terlalu banyak betul. Itu sebab kejap je dah letak ke lantai.

Sebagai pendidik sebenarnya saya melihat novel-novel cinta ini lebih kepada pengaruh negatif perasaan remaja-remaja wanita. Kerana mereka yang banyak membacanya. Kadang-kadang terbawa-bawa di dalam hubungan dan lebih takut jika orang yang dah kawin pun terpengaruh. Penat jadinya si suami.

 
At 8:43 PM, Blogger Hidayah Berkata ...

err mungkin tauke kedai tak sempat nak bubuh kat rak kut? hehe.. tapi bila puan sebut novel cinta atas lantai, ia terkadang memberi perspektif yang agak buruk, maksud saya, cinta itu boleh bersepah atas lantai dan dipijak orang. Ia tidak mustahil berlaku kerana terkadang bila si A menyintai si B sepenuh hati, tapi si B endah tak endah dengan cinta si A. Apa pendapat puan?:D

 

Post a Comment

<< Home