Hakcipta Lukisan
Bilakah masanya saudara lebih baik menyimpan hakcipta lukisan saudara yang digunakan sebagai ilustrasi buku?
Jika saudara membuat lukisan untuk buku-buku teks sekolah, lebih baik saudara jual sahaja, sebab lukisan jenis itu tidak ada nilai jangka masa panjangnya. Silabus sekolah berubah-ubah, oleh itu lukisan saudara tidak diperlukan lagi apabila silabus baru diperkenalkan. Lukisan dalam buku teks juga tidak mempunyai nilai seni.
Apabila saudara diminta oleh penerbit supaya melukis ilustrasi buku-buku cerita rakyat dalam 4 warna untuk seluruh buku, lebih baik saudara simpan hakcipta lukisan saudara itu.
Buku-buku cerita rakyat tidak dapat dijadikan buku evergreen tanpa kualiti lukisan yang bernilai seni. Semakin cantik nilai lukisan saudara, semakin tinggi nilai buku-buku cerita rakyat itu. Maka semakin evergreen buku itu dalam pasaran.
Buku-buku evergreen adalah harta intelek yang tinggi nilainya. Ia diulangcetak bertahun-tahun, tahun demi tahun.
Sebelum saudara mula melukis, tanya penerbit itu, apakah saudara akan diberi pilihan sama ada menyimpan ataupun menjual hakcipta saudara.
Risiko saudara ditipu tetap ada, walaupun penerbit itu memberitahu saudara dibenarkan menyimpan hakcipta saudara.
Tip hari ini: Selidiki dahulu rekod penerbit itu, apakah syarikat itu pernah menipu penulis ataupun pelukis-pelukis lain.
.

0 Komen :
Post a Comment
<< Home