Friday, March 31, 2006

Pergi Ukur Saiz Buku

Dalam pertemuan penerbit indie minggu lalu, Pn. Samsiah Mohd. Nor, novelis dan pemilik Khalysa, menceritakan kekecewaannya.

Novel saya yang terbaik, itu yang tidak laku!” katanya.

Mengapa?”

Saiznya lebih besar daripada saiz novel Creative dan Alaf21,” katanya. “Akibatnya, novel saya diletakkan di rak buku-buku motivasi!”

Mengapa tidak laku?”

Pembaca novel tidak pergi ke rak buku-buku motivasi. Pembaca buku-buku motivasi tidak membeli novel!” katanya lagi.

Ibrah dalam peristiwa ini adalah, jika saudara baru hendak menjadi penerbit, pergilah ke kedai buku, bawa kayu ukur dan ukur betul-betul saiz buku kategori yang saudara hendak terbitkan itu. Ikut saiz buku-buku itu.

Katakanlah, saudara hendak menerbitkan buku novel remaja awal, pergilah ke MPH, ukur novel-novel PTS ONE, dan ikut saiz itu. Jangan lebih jangan kurang.

Dengan cara ini novel saudara itu nanti akan diletakkan di rak yang sama dengan novel-novel PTS ONE.

Salah satu pola fikir pemain baru dalam dunia penerbitan adalah mereka mahukan supaya bukunya lain daripada buku-buku penerbit lain. Saiznya lain, design kulitnya lain, rekaletaknya lain, harganya lain.

Akibatnya, bukunya terperosok duduk sendiri-sendiri di rak lain, terselit-selit antara buku-buku berjudul rencam. Lazimnya rak itu duduk di bahagian belakang ruang kedai, berdekatan dengan pintu tandas!



6 Komen :

At 12:31 PM, Blogger Jiwa Rasa Berkata ...

Puan Ainon,

kadang-kadang salah pekerja di kedai buku tu juga. Tak reti nak klasifikasikan buku. Kadang-kadng saya ketawa sendiri bila jumpa buku di rak yang tak sepatutnya diletak...

 
At 12:55 PM, Blogger zaidakhtar Berkata ...

Puan,

di mana boleh saya dapati Ayat-ayat Cinta yg meletup di iNDON itu?

saya di PWTC esok.
zaid.

 
At 1:04 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

En. Zaidakhtar, PTS sedang dalam proses mengimpotnya. Sungguh bagus novel Islami itu! Bahasanya tinggi, mirip bahasa angkatan sasterawan Poejangga Baroe!

 
At 2:28 PM, Blogger SaudagarMimpi Berkata ...

Mambo di kuale hamba lihat ada di rak novel,saiznya saiz buku motivasi.

 
At 3:18 PM, Blogger DNAS Berkata ...

Puan,
pekedai pun patut pamer buku-buku tempatan terbaru di bahagian hadapan kedai. Asyik-asyik pamer 'bestseller' (yang rata-ratanya buku dari penulis luar negara) dekat pintu masuk.

 
At 3:18 PM, Blogger alifin Berkata ...

Dalam konteks saiz buku, boleh digunapakai peribahasa Melayu, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Bagaimana pun, novel yang baik akan terjual juga dengan syarat penerbitnya perlu bekerja kuat untuk mempromosinya. Masih belum dikira kalah lagi, tu. Semangat! Semangat! Demi mempelbagai citarasa pembaca...

alifinalafduapuluhsatu

 

Post a Comment

<< Home