Thursday, June 01, 2006

Ejaan

ke” yang SALAH dan “ke” yang BETUL


ke” yang SALAH

Orang Melayu bercakap mulut menggunakan “ke” ataupun “ker” apabila bertanya. Apabila menulis buku, “ke” dan “ker” jenis ini mesti ditulis sebagai “kah”.


Sebagai contoh:


Awak dah kahwin ke?” (SALAH)

Awak sudah berkahwinkah?” (BETUL)


Betul ke dia kata begitu?” (SALAH)

Betulkah dia berkata begitu?” (BETUL)


Dia suka ke?” (SALAH)

Dia sukakah?” (BETUL)


ke” yang BETUL


ke” yang betul adalah SENDI NAMA


Contoh:

ke Kuala Lumpur (BETUL)

ke dalam botol (BETUL)

ke atas meja (BETUL)

ke rumah saya (BETUL)



4 Komen :

At 3:16 PM, Blogger sinaganaga Berkata ...

Puan,
Menurut KAMUS DEWAN Edisi Ketiga, Muka Surat 593 -

ke II bp kah: dia sudah balik ~ atau belum?

Jadi, saya fikir, BETUL juga kalau kita guna 'ke' untuk mengantikan 'kah'. Terutamanya dalam KATA BUAL.

 
At 4:20 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Naga,

Ikutan kita adalah gaya bahasa Quran, bacaan yang mulia, dan bahasa Nabi Muhammad, salam sejahtera ke atas baginda.

Apabila kita ikut gaya bahasa Quran dan bahasa Nabi, maka apa yang kita tulis itu menjadi ibadah, dapat pahala, dan banyak berkatnya. Setiap kali tulisan kita dibaca orang, semakin penuh buku catatan kebaikan kita, semakin lebar terbuka pintu syurga...

Kalau niat kita hendak ikut Kamus DBP sahaja,(yang disusun dengan sikap merekodkan apa-apa yang ditulis dan dituturkan oleh orang Melayu, sebab orang Melayu tidak maksum bahasa), maka kita tidak dapat pahala ibadah.

Begitulah kata Ustaz Zul....

 
At 11:02 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan,
Saya amat bersetuju dengan pandangan jauh Puan.

Tetapi menurut ahli bahasa Melayu baku, penggunaan kah (yang dikenal sebagai partikel) di hujung ayat tidak baku. Sebabnya partikel kah digunakan untuk mementingkan predikat (diistilahkan oleh arwah Pak Asraf sebagai partikel pementing predikat). Oleh itu, penggunaannya dalam ayat hendaklah: Sudah berkahwinkah awak?

Bagaimana pandangan Puan tentang hal ini dalam hubungannya dengan tulisan?

 
At 5:43 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Suhaimi,

Alangkah gembiranya saya ada pakar tatabahasa Bahasa Melayu seperti sdr tekun mengikuti blog ini!

Tentang pendapat Allahyarham Pak Asraf itu, saudara boleh gunakan. Yang penting partikel 'kah' dieja 'kah' bukan 'ke'.

a. Sudah berkahwinkah awak? (BETUL, tekanan pada 'berkahwin')

b. Sudahkah awak berkahwin? (BETUL, tekanan pada 'sudah')

Kedua-dua ayat di atas BETUL, perbezaannya adalah pada intonasi tekanan.

 

Post a Comment

<< Home