Monday, June 18, 2007

Teori Surah Yusuf: Cinta Boleh, Asmara Tidak Boleh

Apabila membaca novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang, didapati pengarang novel-novel itu tidak membezakan antara cinta dan asmara.

Dalam teori sastera aliran Surah Yusuf, unsur cinta hadir dengan amat jelas, iaitu kisah cinta isteri al-Aziz kepada Nabi Yusuf. Unsur yang sama sekali tidak ada dalam surah Yusuf itu adalah unsur asmara ataupun romance.

Justeru, dalam teori Surah Yusuf, pengarang novel Islami tidak dibenarkan menerangkan babak-babak asmara, sebagai contoh babak di mana hero berasmara dengan heroin.

Ini berbeza dengan novel-novel cinta yang ada dalam pasaran sekarang, yang menjadikan babak asmara unsur wajib ada. Malah, babak-babak asmara itu menjurus kepada babak-babak di mana hero dan heroin bukan hanya berasmara, tetapi lebih daripada itu.

Dalam banyak novel-novel cinta Melayu hari ini, terdapat babak-babak yang penerbit filem Melayu pun tidak akan lakukan!


7 Komen :

At 9:30 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Hai!!.. Walaupun saya bukan novelis, dan tak suka sangat baca novel cinta, saya pun berpendapat sebegitu. Saya setuju. Ini bukan sahaja mempengaruhi remaja zaman sekarang, malah boleh meruntuhkan akhlak mereka yang berbudaya timur..

 
At 10:36 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

masalahnya, novel dan media elektronik terlalu menonjolkan/menggalakan unsur asmara dan kuat mempengaruhi penonton. adigan ini adalah pelaris untuk sesebuah drama/novel/movie. Pihak berwajib juga tak kisah rakyat nak tonton atau baca apapun. Pengarang dan pengarah patut insaf kalau ikhlas mahu melihat masa depan negara dipimpin oleh generasi terbilang. Semoga kita selamat dari azab dalam liang lahad nanti.

 
At 1:22 PM, Blogger wnorhaslina Berkata ...

salam.
rasa terpanggil di sini. Rasa menyampah dan nak muntah bila baca novel-novel cinta yang berlambak di pasaran. Bahasanya pasar. Ceritanya tidak kemana. Kita boleh agak kesudahannya. Tidak mencabar minda sebaliknya mencabar nafsu. Bagaimana dapat mendidik pembaca untuk dapat ilmu dan pahala. Cubalah baca karya Habiburahman El Shirazy.. akan ketemu jawapannya.

 
At 12:08 PM, Blogger Unlimited Wellness Berkata ...

Salam.
Walaupun dulu waktu remaja saya suka membaca novel cinta remaja seprti ini, tapi sekarang dah rasa geli pula nak baca. Malah saya langsung tak menggalakkan anak anak membaca, hanya kerana terdapat cerita asmara tersebut. Pengarang lebih bermotifkan keuntungan, dan demand ada dsitu.Sebagai pembaca kita patut pilih apa yang sesuai.

 
At 7:55 PM, Blogger Desperado Berkata ...

Cinta ibaarat gula di dalam sesuatu cerita, tiada cinta, cerita pasti bosan dan gagal, namun cinta tidak perlu ditonjolkan secara keterlaluan kerana cinta itu manis..terlalu manis hingga menyebabkan penyakit datang menjengah... Lihat saja novel-novel yang di tulis oleh Ramlee Awang Murshid yang banyak berkisar tentang suspen thriller, namun dia tetap menyerapkan cinta malah secara terhormat sekali ianya diulas...

Desperado - Harap cinta DSAI tidak terpesong dek nafsu yang meluap-luap...

 
At 11:24 AM, Anonymous mr_zapin Berkata ...

saya bencikan novel2 sampah di pasaran terutama berkaitan cinta2 asmara.. bagi saya pengarang hanya memikirkan keuntungan dan sebenarnya novel beginilah yang menjadi cinta asmara yg biasa2 kita lihat di luar sana sebagai sesuatu yang BIASA, HALAL dan sesuatu yg janggal jika kita tak menjadi/alami seperti jalan cerita novel2 sampah ni..

nasihat, kalau mahu membaca novel berkisar cinta sekalipun..bacalah dan beralih kepada novel2 yang mndidik terutama mngikut nas2 agama seperti karangan habiburahman shirazy dan sebagainya..
mudah-mudahn sambil melayan hobi suka mmbaca novel, dapat juga sesuatu cara/solusi yg bermanfaat dalam kehidupan..tq

 
At 1:36 PM, Anonymous Rodziah Berkata ...

saya akui terlalu banyak novel tak berkualiti dipasaran.Antara novel kegemaran saya ialah novel-novel Pak Latip

 

Post a Comment

<< Home