Saturday, August 06, 2005

Bagaimana Mendaftarkan Hakcipta

Ini adalah soalan yang lazim ditanyakan dalam kursus-kursus PTS.


Undang-undang hakcipta menyatakan bahawa hakcipta saudara itu saudara perolehi secara automatik. Bagi menerangkan prinsip ini, ambil kes saya yang sedang menulis artikel ini. Sebaik-baik saya selesai menuliskan artikel ini, dengan sendirinya hakciptanya adalah saya punya. Saya tidak perlu mendaftarkan artikel ini di mana-mana pejabat kerajaan.


Jikalau besok pagi saya nampak mana-mana bahagian dalam artikel ini terkandung dalam buku orang lain, saya boleh membuat laporan polis, bahawa harta intelektual saya sudah dicuri orang orang itu.


Apabila harta intelektual saudara dicuri oleh orang lain, saudara mesti dapat membuktikan bahawa karya itu adalah hasil karya yang saudara hasilkan. Disebabkan saudara yang mendakwa orang itu mencuri, maka tugas saudaralah membuktikannya. Bagi pihak si pencuri, dia mesti membutikan dia tidak mencuri harta saudara.


Akta harta intelektual negara kita tidak memberitahu cara-cara spesifik bagaimana kita mesti mendaftarkan karya kita. Mengikut pandangan peguam, ada dua cara yang kita boleh lakukan.


  1. Saudara buat pengakuan bersumpah bahawa karya itu adalah karya saudara.

  2. Saudara poskan karya saudara kepada alamat saudara sendiri dengan menggunakan surat berdaftar.


Kedua-dua cara itu tidak wajib saudara buat. Itu cuma nasihat peguam sahaja seandainya saudara hendak mengadakan perlindungan yang lebih rapi ke atas harta-harta intelektual saudara.




2 Komen :

At 8:47 PM, Blogger happysus Berkata ...

nak poskan macam mana?
kan bahan bertulis kita didalam.

 
At 11:09 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Saudara Faris (PTS Islamika) dalam sebuah bengkel di utara tanahair ada beritahu caranya.

Kita masukkan satu salinan (print ataupun fotostat) manuskrip artikel/buku kita dalam sampul surat. Sealkan dengan gam merah ataupun boleh gunakan pos berdaftar. Bawa ke pejabat pos dan poskan ke alamat rumah kita. Bila surat tu dah sampai, jangan buka pulak. Simpan baik-baik.

Jika ditakdirkan berlaku kes curi hakcipta dan kita terpaksa bawa kes ke mahkamah, maka boleh gunakan surat tadi sebagai bukti.

Macamana?

Kan ke pejabat pos dah cop tarikh kat sampul surat tadi. Jadi, tarikh tu lah yang dapat membuktikan bahawa manuskrip kita tercipta lebih awal daripada bahan yang telah dirompak oleh orang lain.
Jadi, bila kita dapat tunjuk depan hakim yang surat tu bertarikh lebih awal, dan kemudian kita buka sampul surat tu depan hakim, maka, terbuktilah bahawa manuskrip terawal yang dicipta adalah milik kita.

Hmmm, betul tak Puan Ainon?

 

Post a Comment

<< Home