Thursday, December 01, 2005

Pengumuman Pertama: Sekolah Penerbitan PTS

Mulai suku ketiga tahun 2006, PTS akan membuka Sekolah Penerbitan dan menawarkan kursus peringkat sijil, diploma dan diploma tinggi dalam bidang penerbitan.

Kursus akan dilaksanakan separuh masa dengan kelas-kelas diadakan pada hari Sabtu dan hari Ahad.

Pada peringkat awal, Sekolah Penerbitan PTS akan menawarkan kursus dalam bidang editor bahasa dan teks pada peringkat sijil.

Kandungan kursus ini adalah:

a. Sistem ejaan:

  1. Sistem ejaan Melayu.

  2. Sistem ejaan kata pinjaman istilah Inggeris.

  3. Sistem ejaan kata pinjaman istilah Arab.

  4. Panduan meminjam perkataan-perkataan teknikal baru yang belum terdapat dalam Kamus Dewan.

  5. Sistem ejaan sendi nama dan sendi kata.

b. Sistem tanda bacaan:

  1. Sistem tanda bacaan dalam teks teknikal.

  2. Sistem tanda bacaan dalam teks kreatif.

c. Sistem tatabahasa:

  1. Struktur ayat yang betul dan yang salah.

  2. Sistem penggunaan sendi Bahasa Melayu.

  3. Sistem perenggan karangan.

d. Sistem nota kaki.

e. Sistem bibliografi

f. Sistem apendiks.

g. Sistem membuat petikan.

h. Sistem penomboran.

I. Pengenalan panduan menterjemah.

j. Panduan mengedit kesalahan ejaan dan tatabahasa pada skrin, tanpa menggunakan kertas dan pen.

k. Sistem indeks bacaan:

  1. Formula mengukur tahap kepayahan teks.

  2. Panduan mengurangkan tahap kepayahan teks.

Siapa yang patut memiliki sijil ini:

  1. Editor yang sudah bekerja tetapi sering kali keliru dengan pelbagai sistem yang sepatutnya digunakan di tempat kerja sebab belum pernah didedahkan dengan aspek-aspek mengedit bahasa yang betul.

  2. Sesiapa yang berminat mencari pekerjaan dalam industri penerbitan buku, majalah dan akhbar.

  3. Sesiapa yang berminat menjadi wartawan.

  4. Sesiapa yang berminat menjadi pengarang.

  5. Sesiapa yang berminat mencari pekerjaan dalam bidang periklanan.

  6. Sesiapa yang berminat menjadi penterjemah profesional.

Notis ini adalah pengumuman pertama. Dari masa ke masa pengumuman kedua dan ketiga akan disiarkan dengan memberikan maklumat lanjut berkenaan tarikh dan yuran.



10 Komen :

At 10:27 AM, Blogger Tok Rimau Berkata ...

Kursus susun atur buku guna pagemaker etc. ada tak?

 
At 10:41 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Pagemaker tu teknologi lama, tok rimau.

Kita akan perkenalkan teknologi terbaru: FRAMEMAKER!

 
At 11:52 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr. Rozz,

Terima kasih. Itulah cita-cita PTS, iaitu mengeluarkan kumpulan demi kumpulan para pekerja bahasa (language workers) yang berkualiti supaya penerbitan buku-buku Melayu di negara kita berkembang lebih pesat lagi.

 
At 11:53 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr. Basridugongayu (alamak, kenapalah nama sdr ni dugong!) tunggu pengumuman seterusnya untuk tarikh dan yuran.

Sdr. sekarang buat apa? Nak jadi penerbitkah?

 
At 11:55 AM, Blogger Izza Hani Berkata ...

nak join. harap bleh bg jadual utk kursus pendek. sy sekrang bertugas sbg editor dan nk tambah ilmu lagi.

 
At 12:34 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr. Ijol, menterjemah boleh tetapi apabila hendak menerbitkan terjemahan itu mesti mendapat izin dari pemilik hakciptanya di Jepun.

Cara yang mudah dan dibenarkan dalam undang-undang hak cipta adalah begini: tulis semula buku itu, jangan terjemah ayat demi ayat. Buat tokok tambah pada isi kandungan buku itu supaya sesuai dengan contoh-contoh tempatan.

 
At 12:36 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr. Izzah, tarikh kursus akan diumumkan kemudian.

Sekarang sdr menjadi editor buku, majalah ataupun akhbar?

 
At 11:48 AM, Blogger Izza Hani Berkata ...

pn. ainon, sy sekarang bertugas sbg copy editor majalah dan buku ilmiah di sebuah institusi penyelidikan.

 
At 11:36 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Izzah, minta alamat emel dan no hp sdr.

 
At 12:50 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Puan, Saya bertugas sebagai Pen.Penyunting di DBP, Brunei. Sangat teruja jika Sekolah Penerbitan PTS menjadi realiti. Mungkinkah saya boleh diterima masuk?

Alaifeeda@yahoo.com

 

Post a Comment

<< Home