Cerita yang Membahayakan Psyche Melayu
Apa yang 'Melayu' belum tentu baik. Ada yang baik, ada yang tidak baik.
Salah satu perkara 'Melayu' yang mengandungi mesej negatif dan berbahaya kepada psyche orang Melayu adalah cerita-cerita rakyat yang amat terkenal kerana cerita-cerita itu dibukukan dan dijual ke perpustakaan sekolah-sekolah.
Kementerian Pelajaran hendaklah mengharamkan buku-buku berbahaya seperti itu daripada dibeli oleh sekolah-sekolah. Guru-guru hendaklah ditegah daripada menggunakan cerita-cerita seperti itu sebagai contoh apabila bercakap kepada murid-murid.
Berikut adalah senarai cerita-cerita yang mensabotaj psyche Melayu:
1. Cerita Si Tanggang yang tidak sempat bertaubat dan ibu yang sanggup menyumpah anaknya menjadi batu. Dalam Islam, ibu-ibu dikehendaki supaya mengampunkan dosa anak-anak mereka. Hukuman anak derhaka bukan menjadi batu.
2. Cerita Lebai Malang yang menghina orang alim dan kaum agama.
3. Cerita Batu Belah Batu Bertangkup, kisah perempuan bunuh diri.
4. Cerita Bawang Putih Bawang Merah, kisah ibu dan saudara tiri yang jahat. Nabi Muhammad adalah seorang ayah tiri, manakala Aishah adalah ibu tiri.
5. Cerita Si Badang yang memakan muntah hantu, benda haram.
6. Cerita hantu Kelembai yang mempunyai kuasa menyamai kuasa Tuhan.
7. Cerita kebodohan Si Luncai, Pak Belalang, Pak Pandir dan Pak Kadok yang menghina otak orang Melayu.
8. Cerita Mat Jenin yang menakut-nakutkan orang Melayu supaya jangan berani mempunyai cita-cita tinggi.
3 Komen :
Puan...bukankah cerita-cerita berkenaan disertakan dengan moralnya sekali? kalau tidak pun si tukar cerita (penulis) perlu menyelitkan moral di sebalik cerita yang disampaikannya. mungkin saya silap, tapi bukankah teladan boleh kita kutip daripada sesuatu yang buruk dan baik...
Bersetuju dengan unsunghero. Bagi tahu yang buruk untuk dijadikan sempadan, supaya dielakkan. Untuk mengelakkan cerita-cerita ini diketengahkan pastinya sekali lagi silibus mata pelajaran Bahasa Melayu terpaksa diubah. Cuba semak buku-buku untuk kajian KOMSAS, berapa banyak cerita sebegini diketengahkan sebagai bahan kajian.
salamz,
puan, saya setuju dengan pendapat puan tentang bahayanya buku2 tersebut, dalam masa yang sama turut bersetuju dengan unsunghero dan wasabe. Saya rasa 'cerita dongeng rakyat' perlu dikekalkan, penciptaan baru tidak akan menjadi 'cerita warisan' buat masa sekarang (mungkin ya dalam seabad lagi). Karya bentuk penulisan masih memberi peluang untuk pembaca berfikir secara kritis dan tambahan nilai2 moral oleh penulis baru akan membantu pembaca menilai dengan baik.
Bahaya besar ialah indoktrin daripada filem dan tv, yang menyiarkan cerita2 syirik dan/atau pengaruh negatif, seperti 'Bawang Putih Bawang Merah' dan sebagainya (terlalu banyak untuk dinyatakan, saya rasa TV3 tidak peduli sangat dengan peranan untuk menjana minda masyarakat dan mementingkan poket semata2!)
Itu cuma pendapat saya...
Post a Comment
<< Home