Jumlah Cetak: Hak Pengarang Mengetahuinya
Penulis-penulis baru kerap berasa segan dan timid (takut-takut) apabila hendak mengemukakan bermacam-macam pertanyaan kepada penerbit berkenaan bukunya yang bakal diterbitkan. Kalau ada apa-apa yang mereka tidak faham dalam dokumen perjanjian penerbitan pun mereka berat mulut hendak bertanya.
Ingatlah, sebagaimana saudara hendak sangat menjaga hati dan hubungan baik dengan penerbit saudara, mereka pun sangat hendak menjaga hati saudara. Malah penerbit menanggung risiko lebih besar apabila hati pengarang gagal dijaga. Satu orang pengarang yang tidak puas hati, habis seluruh masyarakat penulis akan mendapat tahu perkara itu. Dia akan bercakap kepada pengarang-pengarang lain tentang layanan buruk yang diterimanya daripada penerbitnya. Rosaklah integriti dan nama baik si penerbit.
Jadi, saudara jangan segan ataupun timid kepada penerbit saudara. Sebagai pengarang saudara berhak mengetahui pelbagai maklumat berkenaan buku saudara yang akan diterbitkan itu. Penerbit dengan senang hati akan menerangkannya. Isunya, saudara tidak bertanya.
Salah satu maklumat yang saudara patut tahu adalah jumlah cetak. Berapa ribu naskhah bakal dicetak buku saudara itu, maklumat itu saudara berhak tahu. Seribu, dua ribu, ataupun lima ribu?
Begitu juga jumlah royalti yang saudara bakal terima, saudara berhak tahu. Berapa peratus, 5%, 7.5%, 12%? Dan berapa peratus daripada apa? Daripada harga jualan tercetak, ataupun daripada harga jualan selepas ditolak diskaun, ataupun daripada harga dalam invois?
Jikalau saudara mendapati penerbit saudara itu keberatan hendak memberitahu maklumat-maklumat itu, saudara patut berasa curiga mengapa itu harus terjadi. Sebagai pengarang, maklumat itu adalah menjadi hak saudara mengetahuinya.
.

1 Komen :
Petang tadi saya ke PTS Pro. Menghantar manuskrip dalam bentuk softcopy. Bila sudah berada di sana sambil pengurus yang baik hati memperkenalkan dengan semua staff kat situ, saya pun tanya macam-macam.
Satu soalan iaitu, kalau saya tulis buku, saya boleh dapat 35% murah dari harga buku. Lepas tu saya tanya....adakah saya kena jual dengan harga sama dengan kedai-kedai buku?
Jawapan yang menggembirakan saya, boleh jual dengan harga berapa yang saya suka. Ini sudah bagus....kenapa?? Nanti kalau PTS sudi terbitkan buku saya yang pertama tu....saya akan kasitau kenapa saya suka.
Apa-apa pun yang penting, pengarang boleh jual dengan harga berapa yang suka setelah mendapat 35% potongan dari harga asal buku.
Post a Comment
<< Home