Friday, March 31, 2006

Saiz Buku dan Saiz Kertas

Jika saudara pemain baru dalam bines penerbitan buku, saudara mungkin akan melakukan banyak kesilapan yang berkaitan dengan saiz buku.

Ada saiz-saiz buku yang menjimatkan penggunaan kertas manakala ada saiz buku membazirkan penggunaan kertas, alias menaikkan kos pengeluaran.

Kertas yang digunakan bagi mencetak buku datang dalam bentuk helaian, bukan gulungan. Pencetak akan mengira berapa helai kertas yang diperlukan bagi mencetak buku saudara.

Pencetak dapat memberikan maklumat berkenaan saiz buku yang tidak kos-efektif dari sudut penggunaan kertas. Ertinya saiz buku itu menyebabkan pembaziran pada perca kertas.

Perca kertas yang terbuang itu menguntungkan pencetak yang menjualnya kepada pembeli kertas terpakai! (Kita kenal seorang pembeli perca kertas yang mampu memandu Perdana!)

Saiz kertas pula ada kaitannya dengan jenis-jenis kertas. Jika saudara hendak menerbitkan novel cinta, saiz novel Alaf21 adalah yang paling kos-efektif, bagi kertas jenis simile.

Jadi, sebelum saudara memilih saiz buku, pergilah ke kilang cetak dan belajar hal-ehwal saiz buku dan perkaitannya dengan saiz kertas.



5 Komen :

At 11:19 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks Berkata ...

pn,
saya baru cipta satu cerita untuk budak-budak.camner saya nak terbitkan buku tuh?saya cadang saya nak lukis sekali kartun untuk menarik minat budak-budak membacanya

 
At 11:22 PM, Blogger Sir Mute Key Chicks Berkata ...

pn. Ainon,
karya saya tuh nak bukukan macam mana?nak gak merasa ada buku sendiri.haha

 
At 5:22 AM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr bta dan sdr semut, emelkan kepada saya supaya saya tengok dulu. Untuk maklumat sdr, di PTS, semua penulis wajib hadir kursus bagi persediaan menjadi penulis kami. Ikuti pengumuman jadual kursus dalam laman rasmi PTS dan juga di blog saya ini. Pada 16 April akan ada kursus penulisan buku-buku bisnes. Gratis.

 
At 3:23 PM, Blogger sinaganaga Berkata ...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 3:25 PM, Blogger sinaganaga Berkata ...

lima kali tujuh inci (maklumat untuk penerbit-penerbit indie)

:)

 

Post a Comment

<< Home