Monday, April 03, 2006

Buku Bisnes Hit

Analisis rekod judul jualan buku-buku PTS di pesta buku PBAKL tahun ini menunjukkan perubahan trend pembelian.

Sehingga pesta tahun lalu, judul-judul motivasi sentiasa mengatasi jualan judul-judul lain di gerai PTS.

Tahun ini judul-judul bisnes mengatasi jualan kategori-kategori lain. Judul TOP adalah Rahsia Bisnes Orang Cina oleh Ann Wan Seng.

Jumlah kutipan tunai di booth PTS jauh melepasi angka sasaran.

Ada gosip mengatakan sebuah booth penerbit terkenal berjaya mengutip jualan lebih RM70 ribu pada hari kedua pameran dibuka.

Tahniah kepada penganjur yang membuat promosi lebih baik tahun ini sehingga jumlah pengunjung meningkat dengan ketara sekali.



3 Komen :

At 12:54 PM, Blogger Jong Berkata ...

Salam,
Puan Ainon saya tak fikir jumlah pengunjung yang datang kerana hasil promosi sangat. Pengunjung yang datang kali ini saya sedari ada 'kuasa membeli'. Mungkin ada baiknya tidak dibuat waktu cuti sekolah tetapi selepas orang dapat gaji. Beberapa kebetulan telah menolong kehadiran ramai pengunjung. Hal ini boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua sesudah 'post mortem' selesai. Pun harapannya industri buku tempatan kita akan terus berkembang dan masyarakat kita akan lebih laparkan ilmu berbanding sampah dan menghargai dakwah berbanding dakyah.
Terima kasih.
Wassalam
P/S: Banyak ke untung :) ?

 
At 1:41 PM, Blogger Puan Ainon Mohd. Berkata ...

Sdr Faisal, ya, banyak sekali untung PTS tahun ini, baik untung wang mahupun untung PR. Penulis2 PTS pun dapat menyaksikan sendiri bagaimana buku-buku mereka dipegang-pegang, dibelek-belek dan dibeli oleh pengunjung. Naik betul semangat mereka hendak menulis buku-buku baru, bersiap-siap untuk pesta tahun depan.
Buku saudara itu, biarlah PTS One hantar ke printer, ya. Sepatutnya sudah diulangcetak. Kasihan Puan Nor dan Cik Ann... Mereka minta saya 'bisik' kepada saudara...

 
At 4:23 PM, Blogger Nisah Haji Haron Berkata ...

Puan Ainon,
PBAKL kali ini memang menguntungkan sesetengah penerbit / pemilik gerai. Tapi kedudukan pesta pada tahun ini di hujung sebelah sungai, amat mendera pengunjung.

Sudah sampai masanya Pesta Buku diadakan di tempat yang lebih baik daripada PWTC. Kalau di Tun Razak Hall seperti biasa, tak mengapa. Ramai juga kawan-kawan saya yang tak dapat masuk akibat manusia yang macam lautan dan bersesak-sesak di pintu masuk utama. Ramai juga yang tak tahu tentang kewujudan pintu masuk belakang di Jalan Ipoh.

Acara PBAKL memang ditunggu-tunggu oleh ulat buku, tak perlu promosi pun ramai yang tahu sendiri.

Yang tidak kurang untung ialah kontraktor booth. Satu booth dapat 3 - 4 ribu. Tapi satu booth sangat kecil. Laluan pun sempit. Pihak-pihak seperti Linguaphone, Grolier keluar daripada sempadan booth masing-masing untuk menarik pelanggan. Ini amat mengganggu pengunjung. Barangkali puan boleh utarakan komen saya ini jika ada mesyuarat dengan pihak penganjur.
Terima kasih.

-Nisah Haron-

 

Post a Comment

<< Home