Monday, April 03, 2006

Pengunjung Pesta Buku Tidak Sedar Mereka Dalam Bahaya

Pesta buku PBAKL telah diadakan di dewan yang tidak selamat!

Para pengunjung PBAKL tidak selamat daripada bahaya mati pijak memijak sesama sendiri ataupun hangus terbakar apabila berlaku sebarang suasana panik dan kecemasan kerana:

1. Dewan 2 tidak dipasang dengan sistem sprinkler!

2. Pintu keluar tidak cukup jumlah dan keluasannya.

3. Jambatan yang terlalu sempit.

4. Alat pemadam api tidak diletakkan di tempat yang mudah dilihat.

Bagaimanakah pihak penganjur boleh terlepas pandang perkara ini? Bagaimanakah pihak penganjur boleh menyewa dewan pameran yang tidak selamat?

Bagaimanakah pihak pengurusan dewan boleh menyewakan tempat pameran yang tidak selamat kepada orang ramai?

Bagaimanakah pihak bomba boleh meluluskan penggunaan dewan yang tidak dipasang dengan sistem sprinkler dan lain-lain ciri keselamatan untuk kegunaan orang ramai?

Bagaimanakah CF dapat dikeluarkan bagi dewan yang tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan?

Bagaimana? Bagaimana?


5 Komen :

At 12:54 AM, Blogger abdullahjones Berkata ...

bagaimana? gaharu dan chendana.

 
At 7:56 AM, Blogger Jong Berkata ...

Salam,
Sesungguhnya! Mujur tak jadi apa-apa pada Sabtu 1 April yang lalu.

 
At 8:03 AM, Blogger Khalid Jaafar Berkata ...

Saya juga menulis catatan: "Dua Kali Menangis di Pesta Buku".

 
At 9:40 AM, Blogger Unknown Berkata ...

Saya setuju supaya perkara ini dipanjangkan. Faktor keselamatan terlintas di hati saya apabila membawa anak2 ke sana terutama apabila berlaku pertembungan arus pengunjung yang keluar dan masuk di bahagian jambatan. Menengokkan arus sungai pun membuatkan hati ini terdetik cuma tidak menyuarakan kpd anak2 yg happy dpt ke pesta buku.

 
At 10:40 AM, Blogger Nisah Haji Haron Berkata ...

Saya kira mereka nak kurangkan kos. Kurangnya pintu keluar masuk bererti kuranglah pekerja untuk mengawal keselamatan. Di Dewan 1 pada satu-satu ketika boleh sesak nafas dibuatnya (hyperventilate).

Hakikatnya Pesta Buku sudah ada khalayaknya sendiri dan khalayak itu sudah membesar. Penganjut perlu sediakan tempat yang lebih besar.

Nisah Haron

 

Post a Comment

<< Home