Monday, April 03, 2006

Mat Som, Kampung Boy dan Mambo di Kuale

Kemunculan novel grafik "Mambo di Kuale" (2006) oleh Sdr. Nur Azmi terbitan Ameen Serve, layak diberi sorotan kerana MDK adalah novel grafik kedua selepas novel grafik pertama dalam bahasa Melayu, “Mat Som” oleh Lat (1989) terbitan Kampung Boy Sdn. Bhd., yakni 15 tahun lalu.


Di Austria, 60% buku yang terjual adalah dalam bentuk komik. Di Jepun, jumlah itu hampir 70%.


Menurut suatu laporan kajian yang pernah dijalankan di Indonesia, pembaca komik di sana adalah majoriti lelaki antara 10 hingga 36 tahun.


Dengan andaian keadaan di Malaysia mungkin tidak banyak berbeza daripada Indonesia, maka tidak hairanlah “Aku Budak Minang” dapat dijual sekitar 200 ribu naskhah hardcover.


Gosip terbaru yang kita dengar, baru-baru ini sebuah pengedar buku memesan 8000 naskhah ulangcetak “Lat - the Kampung Boy” terbitan Berita Publishing, hanya bagi membekalkan kedai buku di KLIA, yakni untuk pasaran pelancong yang akan pulang ke negara masing-masing.


Langkah Ameen menceburi sektor novel grafik membuka harapan kemungkinan ada penerbit Melayu yang dapat membangunkan sektor yang besar potensinya ini. Keupayaan membuka sektor ini menghendaki Ameen secara konsisten, setiap bulan, menerbitkan sekurang-kurangnya sebuah novel grafik, 12 buku setahun.



1 Komen :

At 12:06 PM, Blogger Noor Azam Shairi Berkata ...

"Kemunculan novel grafik "Mambo di Kuale" (2006) oleh Sdr. Nur Azmi terbitan Ameen Serve, layak diberi sorotan kerana MDK adalah novel grafik kedua selepas novel grafik pertama dalam bahasa Melayu, “Mat Som” oleh Lat (1989) terbitan Kampung Boy Sdn. Bhd., yakni 15 tahun lalu."

puan ainon, you sure or not?

TOWN BOY bukan novel grafik? AKU BUDAK MINANG?

Rasanya ada beberapa novel grafik tempatan lain lagi sebelum MDK cuma selama ini orang tak beri perhatian. Maklumlah, tak diglamorkan macam karya Alan Moore, Marjane Satrapi atau Joe Sacco.

Agaknya, saya pun tak reti....

 

Post a Comment

<< Home