Siapa Beli Buku PTS
Sempena pesta buku PBAKL, kita mengambil kesempatan menjalankan hitung kepala di booth PTS bagi mengetahui demografi pembeli buku-buku PTS.
Berikut adalah analisis kita:
a. 80% adalah pengunjung perempuan tetapi 40% sahaja yang membeli.
b. 60% adalah 25 tahun ke bawah.
c. 50% adalah pelajar sekolah menengah dan IPT.
d. Lelaki membeli buku bisnes, pengurusan, pembangunan diri dan rujukan universiti. 90% lelaki yang masuk booth membeli buku. 40% membeli lebih daripada 1 buku.
e. Pelajar sekolah menengah perempuan membeli buku-buku motivasi remaja, buku panduan berkasih sayang, dan novel teens.
f. Pelajar sekolah rendah perempuan membeli komik-komik ibadah dan novel teens.
g. Ibu-ibu muda membeli buku-buku parenting.
Kata seorang penerbit besar, “Kalau tidak ada perempuan, kita semua tutup kedai!”
2 Komen :
orang perempuan jugalah yang paling ramai beli roti di kedai saya.. :)
puan, sy dah ada dua produk PTS sebelum pesta lepas... saja nak bgtau...
Post a Comment
<< Home