Sunday, June 25, 2006

Buku Impian

Bagi saudara yang bercita-cita mengarang buku dalam bahasa Inggeris, dan untuk pasaran global, hantar karya saudara ke agensi sastera antarabangsa yang dapat membantu saudara mencapai impian saudara itu. Klik sini.


.

19 Komen :

At 9:00 PM, Blogger Romantis Selatan Berkata ...

terima kasih Puan Ainon.

 
At 10:06 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Assalamualaikum Puan Ainon, saya sudahpun mencuba nasib menghantar manuskrip kepada Christopher Little Lit. Agency (menyesal pula bagi url mereka kepada Puan) awal tahun ini tetapi mungkin melihat nama saya yang berbintikan Muhammad dan dilahirkan di Malaysia, mereka hanya emelkan saja jawapan yang menyedihkan. Mungkin buku saya tidak memenuhi kehendak mereka dan saya menerima kenyataan itu dengan redha tetapi bila minta manuskrip dipulangkan, mereka tidak mahu pulangkan dengan alasan saya tidak menyertakan IRC (International Return Coupon) walaupun sudah saya buktikan bahawa saya sudahpun melampirkan IRC seperti yang ditulis pada website mereka.
Pada mereka yang ingin mencuba nasib dengan Chris Little Lit. Agency, berhati-hatilah. Kalau Julie Davies dan Meg Plett yang menjawab surat anda, lagilah kena berhati-hati. Pastikan semua emel dan surat menyurat di antara anda dengan mereka disalin dan disimpan, begitu juga semua dokumen penghantaran manuskrip kepada mereka. Saya sudah terkena, bimbang juga mereka mengambil idea saya, tapi saya berserah kepada Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Begitulah al-kisahnya. Wassalam.

 
At 7:17 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

el mubada, saya tidak pernah menghantar manuskrip ke luar negara, tapi pernah menghantar idea. mereka ciplak idea saya.

apapun, idea tidak dicopyright, cuma hasil kerja. apa yang lucu, perisian baru yg saya nak tulis itu, akhirnya mati pada versi 1.0, iaitu gagal di pasaran. jadi buku yg mereka terbitkan tentang software itupun gagal di pasaran.

tetapi, untuk manuskrip, mereka TIDAK akan tiru. sebabnya mudah sahaja, kes saman menyaman memang hebat di sana. daripada kena saman berjuta-juta, baik bayar kepada penulis. mereka tak macam orang kita. mereka tidak mahu menjadi 'penny wise pound foolish.' dalam erti kata, sebab nak jimat sedikit, rugi banyak.

sejak kes AMY dapat 2 juta nie, saya rasa syarikat rakaman tempatan mula berhati-hati nak tipu atau gantung tak bertali penyanyi tempatan.

Jadi jangan bimbang.

 
At 11:09 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Assalamualaikum sdr Anonymous

Memang betul apa yang sdr katakan itu. Idea seseorang penulis tidak dicopyright. Sebab itulah Dan Brown, penulis buku The Da Vinci Code terlepas dari tuduhan yang dibuat oleh penulis-penulis buku The Holy Blood and Holy Grail yang menuduhnya menciplak idea dari buku mereka. Buku mereka tidak mendapat sambutan yang menggalakkan tetapi buku Dan Brown menambahkan wang simpanan penulis itu kepada lebih US$40 juta.

Pada pendapat sayalah, idea lebih penting daripada manuskrip. Tiada idea, tak akan ada manuskrip. Walaupun Chris Little Lit. Agency hanya meminta tiga episod manuskrip yang ditulis, sinopsis yang penuh juga diminta.

'Orang kita' bagai yang sdr katakan itu; yakni yang mengambil kerja orang menjadi haknya adalah orang yang tidak beragama dan rezeki dari hasil mencuri adalah haram. Kalau terjadi kepada saya, hanya kepada Allah Yang Maha Adil sajalah saya berserah.

 
At 5:57 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 5:59 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Asalamualaikum semua.

Kes di Malaysia yg menyedihkan adalah kes penulis2 muda dipaksa menjual copyrightnya kpd penerbit. Saya pernah hadir perjumpaan penulis di utara baru2 nie. Ada seorang penulis memberitahu seminar dia dibayar RM750 saja oleh sebuah penerbit novel yang gah namanya dan dipaksa menandatangani perjanjian menjual copyright karyanya kpd penerbit itu. Kalau dia tak setuju, karyanya tidak diterbitkan. Jadi apa pilihan penulis?

 
At 11:09 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kak Wan, saya rasa saya tahu penerbit tu. Dia nie sekarang dah nak masuk ICU hospital duit. Hutang kpd pencetak dah lebih 6 juta. Pengarah pulak pinjam duit syarikat 1 juta. Yang teramat sedihnya bila penerbit tu jadi milik pencetak Cina tu nanti, habislah semua copyright novel2 dan komik2 karya penulis2 dan pelukis2 Melayu tu jadi harta orang Cina belaka.

 
At 2:01 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kalau betul apa yg dipaparkan oleh Penulis Serik yaitu penerbit tu dah nazak dari segi tak mampu nak bayar hutang kpd pencetaknya, saya cadangkan semua penulis yg menerbitkan novel2 mereka dgn penerbit tu pakat2lah buat perjumpaan, pergi beramai2 ke pejabat penerbit tu dan bincang dari hati ke hati, minta penjelasan apa nasib harta intelek mereka jika Cina pencetak tu ambil tindakan bengkerapkan syarikatnya. Kalau saya jadi pencetak tu saya pun mau kalau boleh swap 100% saham dengan hutang sebab penerbit tu memiliki harta intelek penulis dan pelukis komik Melayu paling banyak, DBP pun kalah. Ada apa 6 juta dibanding dgn harta intelek yg bernilai puluhan juta, maklumlah harta itu dah dijual buat selama2nya, sampai kiamat. Tengoklah apa nasib Ujang. Buku komiknya AKU BUDAK MINANG laku lebih 150 ribu unit, novelnya laku lebih 250 unit, tapi apa Ujang dapat? Habuk! Dia duduk di CM melukis karikatur nak dapat RM50 sehari pun sakit sebab 2 bukunya itu dah jadi milik penerbit tu sampai kiamat. Tak lama lagi jadi milik pencetak Cina tu pulak! Kalau hutang pencetak RM6 juta tu tak mampu dibayar, memang tak lama lagi penerbit "CR" tu terpaksa diserahkan kpd Cina tu.

 
At 3:24 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Asalamualaikum semua, saya orang baru dlm dunia penulisan. Saya baru jumpa blog ni. Tak sangka dunia penulisan penuh onak dan duri!

 
At 6:14 AM, Blogger Zamri Mohamad Berkata ...

saya baca komen-komen di sini sebanyak beberapa kali. Setiap kali saya membacanya, saya ucap syukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan organisasi dan individu yang betul untuk membimbing penulis-penulis baru. Tak dinafikan orang muda macam saya mudah kena tipu dan bertindak dalam keadaan terpaksa jika dilakukan sedemikian. Tambahan lagi tidak ada saluran kedua yang memberi pandangan. Apabila membaca nasib penulis dan kartunis seperti ini, saya dapat rasakan mereka menangis dalam hati sedang tangan sedang melakar dan menulis sesuatu untuk mencari rezeki....

 
At 9:48 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Buku kulit tebal AKU BUDAK MINANG saya beli waktu pesta buku harga diskaun RM31. Dia masa tu duduk dimeja melukis gambar sorang gadis, dgn harga 10 ringgit ajer. Kalau Ujang dapat 10%, dengan jumlah terjual dah 150 ribu unit, korang lebih dia dah dapat RM450 ribu. Campur lak royalti JIBAM yang dah terjual 250 ribu unit.... korang2 dia boley kutip RM600 ribu. Baru2 nie ada berita mengatakan JIBAM akan dijadikan filem lak. Pergh! Patut ler masa saya minta otografnya, dia sain tapi muka dia tunduk ajer melukis, tak mau tengok mata saya, tak macam orang seronok saya beli bukunya. Pakaiannya pun tak macam orang ada duit banyak. Kesian mamat tu, nama ajer besar di persada komik tanah air, tapi nak cari makanpun dia kena lukis muka minah RM10 ringgit sekepin...

 
At 2:52 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Jebon, hang tak dengaq lagi ker citer sorang pelukih komik yg namanya tersohoq tapi la ni dok jual pisang goreng jer! depa2 nie dulu sume kerja kat penerbit tu sume yg depa lukih jadi hakcipta penerbit tu mcm kes Ujang. Depa nie sume kes nasib labu-labi... konon dah dapat gaji kenalah serah sume hakcipta sampai kiamat tapi gaji sekali bayaq, oklah sekali tu terbitdlm majalah dier tu tapi bila komik2 tu dah dikompail jadi buku mcm AKU BUDAK MINANG tu takkan tak boley campak skit pd Ujang. Ni kata nak buat filem JIBAM lak kalu meletup kasilah skit pd Ujang. citer tu citer dier. Kawanpun nak makan gak. kalu penerbit tu la ni nak lingkop aku tak heran sebab tentu ramai pelukih dan penulih hari2 dok sumpah dier....

 
At 7:44 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Lagi satu el-mubada,

Bila hantar manuskrip tu, biar nampak macam kita ini cerdik copyright. Sebagai contoh, kalau hantar skrip, biar ada bukti ia didaftarkan dengan WGAe atau WGAw.

Nasib baik sebab bila bab buku komputer, saya member Necron, ex NASA.

Apa pun, tengah planning buku antarabangsa gak sekarang ini. pasaran buku IT kat malaysia kecil sangat.

 
At 1:19 AM, Blogger Unknown Berkata ...

Assalamualaikum semua

Terima kasih sdr Anonymous. Saya tidak tahu pula tentang WGAe atau WGAw tu. Saya pernah bertanya dengan ejen dan penerbit di sana sini. Kata mereka, saya tidak perlu mendaftar di mana-mana jika menulis novel kerana secara automatic novel itu menjadi milik saya kecuali jika saya mencipta sesuatu yang termasuk di dalam kategori patent. Mungkin buku saudara termasuk di dalam kategori patent(software patent etc.). Apa-apapun, saya akan tanyakan lagi supaya pasti. Tahniah dan saya harap buku IT untuk pasaran antarabangsa sdr mendapat sambutan yang hebat.

 
At 7:17 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Bab ini yang saya marah sangat. (Saya ialah anonimus kedua dan yg ada NECRON tu).

Kalau dah orang yang cipta benda tu hidup lagi, kenapa burn the bridge? Sebab nak jimatkan royalti dua tiga benda, sanggup tidak melihat ke hadapan di mana orang macam ujang buat benda baru yg lebih hebat dan bertambah hit (sebab dia berpengalaman). Kalau kat amerika, orang macam ujang akan ditatang seperti minyak penuh. (lihat jer j.k rowling) selagi banyak produk hit, semakin bagus kedudukan syarikat, dan dua dua dapat untung (syarikat dapat duit, penulis / pelukis dapat royalti / duit).

Inilah yang saya katakan penny wise, pound foolish.

Kalau komik ABC (sebagai contoh) boleh buat keuntungan 1 juta setahun, dan royalti kepada pelukis ialah 150,000 - jika penerbit buat kong kali kong, mereka hanya untung 1.15 juta setiap tahun.

kalau buat baik dengan pelukis, mereka bukan hanya untung 1 juta (sebab 150,000 dah bagi kat pelukis), mereka mungkin untung 2 atau 3 juta selagi pelukis menghasilkan produk baru (dan pelukis untung 300,000 atau 450,000 setahun.).

Inilah masalah penerbit tempatan, sebab nak jimat 150,000 - mereka sanggup rugi dua tiga juta pada masa hadapan...

Ini adalah sebab utama syarikat kat luar negara malas nak tipu penulis. kalau buku itu hit, mereka bukan sahaja akan disaman oleh penulis, bahkan penulis itu tidak mahu menerbitkan buku dengan mereka lagi, jadi mereka kerugian banyak buku hit pada masa hadapan.

penerbit di sana memang ambil serius benda ini. baru-baru ini seorang penulis gadis 19 tahun dari havard dibatalkan kontrak berjuta-juta sebab buku yg dihasilkannya diciplak (mahkamah yang kata, rasa-rasanya) dari buku orang lain.

pendek kata, penerbit US memang by the book (kalau yang ternama lah.) Sekali calar imej, memang tak ada penulis nak terbitkan buku dengan mereka lagi dan ini akan melingkupkan bisnes mereka.

Ala, macam kes Enron tu, terus syarikat yg check akaun (lupa nama asal dan nama baru mereka) terus kena tukar nama sebab imej lama dah tercalar.

Bab ini yg saya respek dengan Puan Ainon. Beliau sedar bahawa penulis adalah aset utama (selain IP) syarikat. Puan Ainon respek penulis sebab selain beliau sendiri adalah penulis, beliau mahu penulis terbitkan buku pereka dengan PTS berkali-kali dan lagi dan lagi. Puan Ainon tidak melihat kepada kerugian (?) akibat kena bayar royalti penulis, sebaliknya keuntungan selagi penulis itu menerbitkan karyanya dengan PTS.

Sebab kes royalti inilah banyak penulis yang hit buka syarikat sendiri. Kalau berjaya, baguslah. Kalau rugi, kita akan kehilangan seorang penulis yang berbakat.

Sebenarnya, bab penny wise dan pound foolish ini turut berlaku dalam kes animasi dan drama tv. tak caya cuba baca ruangan siti jarum baru-baru ini. sebab orang tengah (dan orang dalam syarikat tv) nak duit, orang yang hujung terpaksa terima sedikit sahaja duit. (dalam kes animasi, sepatutnya syarikat di bayar 45,000 untuk setiap setengah jam, tetapi syarikat yg betul-betul buat kerja cuma dapat 12,000, yang lain orang tengah dan orang dalam syarikat tv - bukan syarikat tv itu sendiri, yang ambil).

bila duit yang dapat sikit, kualiti turun. bila kualiti turun, produk tu tak boleh dijual di arena antarabangsa. jadi, sebab nak jimat duit sikit, rugi banyak.

Saya bab bisnes memang boleh cakap banyak, tetapi tak boleh nak buat sendiri sebab tak de modal, dan banyak orang mahu jatuhkan. Lagi satu perangai orang kita, kalau ada orang cerdik macam hang nadim, mesti nak buang ke laut punya. betul... Banyak syarikat tidak mahu ambil saya bekerja sebab bimbang kalau kalau lepas setahun dua saya akan buka syarikat sendiri dan curi klien mereka, sebab mereka tahu kehebatan saya. Kalau nak dapatkan klien, kita kena ada portfolio. orang yang tidak mahu kita ambil klien mereka akan pastikan kita sukar membina portfolio. baru-baru ini dalam the star ada orang yang ada phd kerja ternak puyuh (rasa-rasanya, lupa pula haiwan sebenar). saya tak hairan.

animator yg menang anugerah di peringkat antarabangsa, che sharkawi che din, hanya mengajar di universiti. dia sendiri marah (baca artikel interview dia kat sharkawi3d.com). dia marah sebab ramai orang kata tak ramai pakar animasi tempatan, sedangkan dia wujud. ini menunjukkan ramai orang dalam industri mahukan che sharkawi jadi "invinsible".

Apa pun saya dah letih programming, dan dah letih 3d animation. Sekarang nak tulis buku banyak-banyak.

Oh ya, saya adalah Azhar Mat Zin a.k.a Fable Fox. www.fablefox.com

PS - Apa yang lawak dalam kes ujang ialah tak ada sesiapa pun yang mahu menjadi ajen dia. Mungkin dia sendiri dah 'burn out'. Saya cadangkan Puan Ainon hubungi dia, mungkin komik islamik yang dia bakal hasilkan (kalau dia mahu) lebih hit dari ABM. Ujang mempunyai minda seperti hang nadim, jangan biarkan dia ditelan laut. Selamatkanlah dia.

Lagi satu, tapi cuba rujuk peguam IP terlebih dahulu. Saya rasa cuma hasil kerja yg dicopyright, dan teknik khusus. Sebagai pereka asal, apa yang undang-undang boleh buat kalau Ujang menghasilkan ABM2? Kalau syarikat asal boleh halang nama, itu sahaja yang mereka boleh halang. Mereka tak boleh halang stail lukisan ujang, dan cerita tentang budak terencat akal / budak kampung / etc.

Bukan apa, kalau tak percaya cuba tanya bomba, kalau nak halang pembakaran hutan, fight fire with fire (bakar parameter hutan luaran agar pembakaran dalaman tidak boleh merebak keluar). Mungkin itu caranya untuk menjadikan ujang millionaire (macam Lat), dan beritahu kepada penerbit lain bahawa cara mereka itu sebenarnya menjerat diri sendiri.

Saya pendiam, tapi kalau bercakap bab benda pikir memikir ini, memang seronok. he he he. Novel jibunsyi lambat siap pun sebab saya nak masukkan banyak mesej dan benda pikir memikir ini sebanyak mungkin. saya bukan mat cintan-cintan. Pendek kata, saya bukannya mahu lepas baca novel saya, mereka terus keluar cari girlfriend. Saya mahu kalau sebelum baca novel saya mereka adalah melayu lama, selepas baca lovel mereka akan menjadi melayu baru. Baru puas hati tulis novel.

 
At 10:16 AM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Kpd Azhar Mat Zin, saya sudah baca komen anda yg berjela2, memang bernas. Jibunsyi? Istilah programming ker?

 
At 7:14 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

jibunsyi ialah ayat jepun bagi biografi orang kecil. Puan Ainon yang beritahu saya.

 
At 7:48 PM, Blogger Unknown Berkata ...

Assalamualaikum semua

Siapa dia penerbit yang Kak Wan dan Penulis Serik maksudkan tu? Saya sarankan supaya Kak Wan dan Penulis Serik tulis nama syarikat tersebut di sini supaya orang lain tidak terkena pula. Maklumlah, kebanyakan yang terkena orang Melayu kita. Sedih!

 
At 7:51 PM, Blogger rastom Berkata ...

PTS tak boleh terbitkn buku bahasa inggeris kah?

 

Post a Comment

<< Home