Sunday, July 30, 2006

IKATAN: Aib! Sungguh Aib!

IKATAN adalah nama singkat persatuan penerbit Bumiputera.


Semalam sah gosip-gosip yang kita dengar selama ini bahawa pendaftaran IKATAN telah dibatalkan!


Alasannya: Sudah 4 tahun berturut-turut IKATAN tidak menghantar laporan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) disebabkan ia tidak mengadakan mesyuarat agung.


Mengapa sudah 4 tahun tidak ada mesyuarat agung?


Setiap tahun IKATAN menjadi pengurus Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan membuat keuntungan beratus ribu ringgit daripada wang sewa gerai yang mahal.


Apakah ada kaitan antara wang yang banyak itu dengan mesyuarat agung yang tidak diadakan sejak 4 tahun yang lalu?



3 Komen :

At 5:30 PM, Blogger Web Sutera Berkata ...

Damn! Tu laa bisnes org Melayu. Elok2 diikat bersama, terlerai pulak. Erm malas nak kata apa, tapi rasanya ada sebab tersembunyi: masing2 rebut kuasa atau rebut duit kot?

 
At 9:59 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Ini tentu ada kes audit yang tak boleh nak diselesaikan, sebab itu takut nak panggil mesyuarat agung.

 
At 10:14 PM, Anonymous Anonymous Berkata ...

Dengar khabar tahun lepas saja claim 3 orang AJK untuk bilik hotel di luar negara hampir RM50k. Dah lah tu, setiap kali mesyuarat AJK, bendahari tak pernah satu kali pun kemukakan laporan kewangan. Paham2 lah!

Benda ni patut sangat dibuat laporan polis.

 

Post a Comment

<< Home