Novel Realiti
Novel "Skandal" terbitan ALAF21, karya Richie Rahman, editor kanan di Karangkraf, sudah diulangcetak 9 kali!
"Skandal" ditulis berdasarkan pengetahuan sebenar pengarangnya tentang kehidupan kotor golongan elit dan kelas menengah Melayu di Kuala Lumpur. Novel ini akan difilemkan dan Richie terlibat secara langsung dalam pembikinan filem itu sebagai penasihat.
Novel Richie yang ke-2, "Ratu" juga menerima sambutan yang serupa hangatnya. Seperti "Skandal", novel "Ratu" menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan normal, dalam kehidupan kotor dunia ratu-ratu cantik.
Gosip-gosip mengatakan, bagi novel-novel ALAF yang mendapat sambutan hangat, setiap cetakan adalah 30 ribu naskhah.
.
"Skandal" ditulis berdasarkan pengetahuan sebenar pengarangnya tentang kehidupan kotor golongan elit dan kelas menengah Melayu di Kuala Lumpur. Novel ini akan difilemkan dan Richie terlibat secara langsung dalam pembikinan filem itu sebagai penasihat.
Novel Richie yang ke-2, "Ratu" juga menerima sambutan yang serupa hangatnya. Seperti "Skandal", novel "Ratu" menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan normal, dalam kehidupan kotor dunia ratu-ratu cantik.
Gosip-gosip mengatakan, bagi novel-novel ALAF yang mendapat sambutan hangat, setiap cetakan adalah 30 ribu naskhah.
.
10 Komen :
Memanglah cerita kehidupan kotor tentang golongan elit mendapat sambutan hangat, kerana naluri manusia memang suka pada cerita yang "panas". Tetapi mahukah kita menjadi negara barat yang menjadikan elemen s**s dan keganasan sebagai daya tarikan filem mereka?
Saya pernah tinggal di Jepun beberapa tahun. Orang Jepun yang kaya dengan nilai ketimurannya suatu ketika dahulu, menghala ke arah kehancuran moral ketika ini. Mengapa? Kerana watak2 yang diketengahkan oleh pembuat filem/ drama dan novelis mereka adalah watak yang kebaratan- berpelukan, bercumbu di tempat awam, dll yang x-rated. Sedangkan seingat saya jarang sekali saya temui senario itu secara 'live'. Malah ramai teman-teman saya yang masih 'virgin'. Jika lihat kehidupan yang dipaparkan, seolah-olah anak gadis Jepun semuanya sudah tidak 'virgin' lagi. Saya tidak nafikan apa yang dipaparkan itu REALITI, tetapi hanya bagi sekumpulan masyarakat sahaja. Tetapi lihatlah kini apa yang terjadi pada Jepun, muda-mudi mereka tidak ubah seperti orang yang kehilangan identiti. Kerana mereka disogok dengan gaya hidup yang sebenarnya bukan milik mereka.
Saya tak nafikan, kehidupan yang dipaparkan dalam Skandal itu adalah sebuah realiti kehidupan. Tetapi berapa peratus dari jumlah keseluruhan rakyat M'sia ini yang hidup sebegitu?
Cerita-cerita realiti begitulah yang memesongkan nilai-nilai murni remaja kita. Realiti memang realiti, tetapi tidak adakah realiti lain yang dapat memberikan contoh yang baik yang boleh diketengahkan?
Jawapannya ada. Cuma kita maklum, sambutannya tentu tidak sehangat yang satu lagi. Tanyakan saja pada TV3, berapa peratus penonton BERSAMAMU, dan berapa peratus pula penonton SAMARINDA? Dan 'kunci' inilah sebenarnya yang digunakan oleh usahawan media cetak/elektronik untuk mengaut keuntungan.
Puan,
Jangan kata Puan hendak terbitkan buku / novel seperti yang ditulis Richie , atau Puan ada maksud lain menuliskan entri ini?
Saya tak setuju langsung dengan novel seperti novel Richie. Nak termuntah membacanya (ini pendapat peribadi).
Puan,
Apa pendapat Puan tentang masuknya KMG (KRU Motion Group?) dalam bidang penerbitan novel terutamanya yang bersandarkan populariti artis terkenal. Ya, itu hak mereka, tapi bagaimana / apakah strategi PTS mengekalkan persaingan sihat dalam industri penerbitan dengan munculnya pesaing 'berpengaruh' seperti KMG?
Aminah Jazilah Abu Bakar
Sdr Aminah Jazilah,
Perkembangan pasaran buku dan novel Melayu saat ini tentu mengundang banyak pemain baru masuk industri penerbitan. Majoriti terdorong oleh peluang membuat keuntungan.
PTS masuk sektor novel bukan didorong oleh kehendak mengaut keuntungan. Kita berjuang memandaikan bangsa dengan menerbitkan buku-buku yang baik isi kandungannya.
Novel-novel PTS tidak bersaing dengan novel-novel yang ada dalam pasaran. Kita mempunyai khalayak sendiri, khalayak Islami.
Jikalau peminat novel-novel konvensional juga tertarik membaca novel-novel Islami PTS, itu adalah bonus kepada kita. Syukran!
Bilakah jibunsyi sdr dapat disiapkan?
Cik/Puan Aminah, saya pun kembang tekak nak muntah kalau membaca novel kotor tentang cerita manusia-manusia kotor! Puan Ainon, diharap PTS jangan pulak ikut ALAF. Apa ertinya untung juta2 kalau duit itu datang dari sumber2 kotor.
Tidak semua novel Alaf itu "kotor". Jika anda tidak pernah membaca novel Alaf atau hanya sekadar membaca 1-2 buah,lebih baik jangan komen mengenai perkara ini. Jika PTS ingin terbitkan novel Islami, kami mengalu-alukannya. Jika bagus kualitinya, kami akan beli. Jika novel "syok sendiri", kami terpaksa menyimpan duit kami.
JS.
saya pernah membaca sebuah novel alaf (Banyak yg saya baca lagi yg bagus) berbunyi begini: masukkan tangannya ke dalam seluar si gadis. ini adalah ayat yg memeranjatkan saya. saya takut nak bagi anak saya baca novel itu.
Sebagai editor di KRU communications dan juga penulis utk PTS, apa yg boleh saya katakan ialah kemasukan KRU dalam dunia penerbitan adalah utk memarakkan lagi industri ini.
Kami mahu lebih ramai rakyat malaysia terutama melayu, membaca dan dengan cara bekerjasama dengan selebriti ternama, harapan kami agar dapat menarik minat lebih ramai rakyat malaysia untuk membaca.
buku2 terbitan KRU adalah buku2 jenis popular dan tidak bersaing dengan mana2 players termasuk PTS.
Kami menghasilkan buku2 genre horror, fantasy, thriller, action-packed dan misteri dengan kerjasama selebriti malaysia.
Sebagai contoh, Badang ialah buku bercorak teen action utk Adam AF2, Sumpahan Fasha bercorak supernatural thriller untk Fasha Sandha, sebuah siri aksi thriller utk Erra Fazira dalam pembikinan, Pemburu Puaka sebuah genre aksi seram utk Yusry KRU dan beberapa buah genre teen action thriller, action komedi dan juga buku2 movie tie-in. Ini semua untuk memeriahkan lagi industri tanpa bersaing dengan player2 establish yang sedia ada.
terima kasih
anon: saya juga banyak membaca novel alaf tetapi tidak berjumpa dengan 'masukkan tangannya ke dalam seluar si gadis.' boleh bagitau tajuk novel itu? kalau betul alaf tentu boleh membetulkannya tapi kalau kenyataan ini salah, ini fitnah besar namanya.
ha. banyaknya komen pro and kontra. apa2pun, tepuk dada tanya selera....
Ada satu novel terbitan alaf yang menceritakan masalah mati pucuk di kalangan lelaki. malunya kalau bebudak sekolah baca,terang2 di situ menceritakan kegawatan mental dan fizikal suami isteri yang lemah di tempat tidur. heeeee
Post a Comment
<< Home